Loading...
"arial" , "helvetica" , sans-serif; font-size: large;">Bank Negara Malaysia pada 12 September 1998 mengumumkan bahawa wang kertas denominasi RM500 and RM1,000 dinyahwang.
Wang kertas ini telah ditarik balik sah lakunya bermula 1 Julai 1999.
Wang kertas RM500 dan RM1,000 dalam edaran sebelum dinyahwang masing-masing adalah sebanyak 1,989,479 keping dan 4,523,731 keping, dengan jumlah nilai muka sebanyak RM5.52 bilion.
Kini, terdapat kurang daripada 200,000 keping wang kertas RM500 dan RM1,000 yang masih dalam edaran, dengan jumlah nilai muka lebih kurang RM100 juta.
Orang ramai yang masih menyimpan wang kertas RM500 dan RM1,000 yang tulen boleh mendapatkan nilai penuh wang kertas RM500 dan RM1,000 yang telah dinyahwang ini di Bank Negara Malaysia, termasuk cawangan-cawangannya di Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.
Loading...