Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Bagus Lagi Ambulan Teknologi Tinggi Dari Lori Fitnah Rafizi

Loading...
Atas slogan Selamatkan Malaysia, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sanggup menghabiskan wangnya (atau mungkin sahaja wang penaja) untuk mengubah suai sebuah lori yang dijadikan pentas bergerak untuknya menyampaikan ceramah-ceramah fitnahnya di seluruh Semenanjung Malaysia.

Apabila lori ini mula bergerak, maka berbondong-bondonglah sokongan untuk Rafizi dari kalangan pentaksubnya. Apa yang melucukan adalah, setiap lokasi yang disinggahi Rafizi bersama-sama lori “sampahnya” ini dihadiri tidak lebih dari 100 orang. Namun Rafizi tidak mahu kalah. Dia mendakwa, ribuan orang hadir disetiap lokasi ceramah menggunakan lorinya.

Ingin ditanyakan kepada penyokong pembangkang semua, yang manakah lebih memberikan manfaat kepada rakyat? Adakah lori “sampah” Selamatkan Malaysia milik Rafizi atau 530 buah ambulan berteknologi tinggi yang hari ini dijadikan bahan fitnah oleh pembangkang?

Sehingga hari ini, lori “sampah” milik Rafizi itu telah memakan satu nyawa di mana mangsa malang berkenaan tidak sempat diberikan bantuan kecemasan yag sepatutnya. Dia meninggal sewaktu melaungkan kecamannya kepada kerajaan dan dia tumbang kerana disyaki terkena serangan jantung. Jika lori “sampah” Rafizi ini cukup berguna, kenapa tidak diberikan sahaja bantuan kecemasan secepat mungkin?

Berbanding dengan 530 buah ambulan berteknologi tinggi yang menelan belanjan RM 400 ribu sebuah, sebarang kecemasan akan di berikan rawatan secepat yang mungkin. Difahamkan, ambulan berteknologi tinggi ini dilengkapi dengan peralatan rawatan dan berteknologi tinggi bagi merawat pesakit yang amat memerlukan rawatan dengan segera.

Jika seseorang itu mempunyai pemikiran yang waras, yang mana satu memberikan mutu perkhidmatan kepada rakyat yang jauh lebih baik? Adakah lori “sampah” milik Rafizi ataupun 530 buah ambulan berteknologi tinggi? Sudah tentu, 31.7 juta orang rakyat Malaysia amat memerlukan ambulan seumpama ini bagi memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik untuk setiap seorang rakyat Malaysia.

Bagi lori “sampah” Rafizi pula, ianya tidak lebih dari sekadar sebuah pentas yang dicipta Rafizi hanya untuk menimbulkan perpecahan dikalangan rakyat Malaysia. Disamping itu juga, kewujudan lori “sampah” ini juga digunakan Rafizi untuk menghasut kebencian tanpa memperdulikan permasalahan rakyat terutamanya sekali kes-kes kecemasan.

Jika masih ada yang mendakwa pembelian 530 buah ambulan berteknologi tinggi ini sebagai satu pembaziran, adalah dinasihatkan kepada mereka ini, sekiranya menghadapi sebarang kecemasan, mereka boleh menghubungi Rafizi untuk meminta bantuan dari lori “sampahnya” bagi memberi pertolongan kecemasan kepada pesakit yang memerlukan. Cubalah, mana tahu lori ini boleh menyelamatkan nyawa!
Loading...
Back To Top