SEBAGAI seorang wakil rakyat di Bandaraya Pelancongan Langkawi sejak tahun 1990, bekas Ahli Parlimen kawasan berkenaan, Orang Besar Tiga Puluh Dua Negeri Kedah Datuk Wira Mahkota Datuk Paduka Abu Bakar Taib ternyata masih dikagumi ramai pihak, khususnya di daerah tersebut.
Anak jati Kampung Raja, Padang Matsirat, Langkawi itu pernah bergelar ADUN Kuah pada tahun 1990 sebelum dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Kedah dan bergelar Ahli Parlimen Langkawi untuk beberapa penggal.
Tidak dapat dinafikan, Abu Bakar merupakan seorang pemimpin yang amat disayangi penduduk Langkawi kerana sifatnya yang cukup sopan, lemah lembut dan suka menolong orang ramai tanpa ideologi politik.
Walaupun beliau di bawa masuk ke dalam arena politik oleh ‘orang kuat’ Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Tan Sri Sanusi Junid, namun atas sifat kesetiaannya terhadap parti UMNO dan Barisan Nasional (BN), Abu Bakar tidak pernah sesekali mengikut jejak mereka dengan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Abu Bakar merupakan ‘otai politik’

Loading...
walaupun beliau agak lambat naik dalam pentadbiran kerajaan. Beliau sebenarnya seangkatan dengan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Tan Sri Rafidah Aziz, Tan Sri Syed Hamid Albar dan beberapa nama besar lain dalam politik tanah air.
Atas faktor inilah, suara dan aura yang dimiliki oleh beliau masih lagi mampu dirasai dalam kalangan penduduk Langkawi, khususnya dalam mempertahankan kerusi ‘kubu kuat BN’ itu.
Tidak dapat dinafikan, PPBM sekarang ini menjadi pesaing utama buat UMNO dan BN Langkawi gara-gara parti itu meletakkan Dr Mahathir sebagai Ketua Bahagian Langkawi, selain dia juga sebagai Pengerusi PPBM.
Bagaimanapun, dari sumber-sumber atas pagar dan akar umbi di sana, kepimpinan PPBM Langkawi hanya 100 peratus bergantung harap kepada ‘batang tubuh’ Dr Mahathir semata-mata – tiada faktor kekuatan lain – untuk dijadikan asas kepada perjuangan mereka melawan BN di Parlimen tersebut.
Apa yang jelas kelihatan, kepimpinan dan para penyokong PPBM sekadar ‘berperang’ dengan Ahli Parlimen Langkawi Dato’ Ir Nawawi Ahmad di laman media sosial Facebook semata-mata, tanpa ada sebarang sebab yang kukuh bagi menjadi faktor utama kemenangan.
Justeru, ramai penganalisis dan pemerhati membuat hipotesis bahawa Langkawi akan sekali lagi berpihak kepada UMNO/BN pada Pilihan Raya Umum ke 14 akan datang dengan adanya gerak kerja rutin dari BN Langkawi dan dibantu juga oleh aura Orang Besar Tiga Puluh Dua Negeri Kedah Datuk Wira Mahkota Datuk Paduka Abu Bakar Taib sendiri. –Tv14