Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Aliff Aziz balas kenyataan Afifah Nasir


Seperti dijangkakan kenyataan Afifah Aziz meminta maaf kerana membiarkan Aliff Aziz memegang tangannya semalam terus menjadi kontroversi dan membuatkan netizen bertelagah sesama sendiri. Setengahnya menyalahkan Aliff Aziz kerana tegar berbuat begitu kepada isterinya yang masih di dalam pantang manakala ramai juga yang mengutuk Afifah Nasir kerana bagi mereka Afifah kaki spin kenyataan.

Baca kenyataan Afifah Nasir Minta Maaf di sini

Wallahualam, i yang tak kaki gossip dan ambil tahu hal artis Malaysia pun terbabit kerana menyiarkan semua berita dari awal lagi. I rasa kalau semalam Afifah cakap " Saya bersalah, maafkan saya", lebih ramai netizen yang akan simpati dengannya kerana rata-rata ramai juga yang tidak masuk sebelah Aliff kerana Aliff telahpun kantoi banyak kali.


Berikut adalah kenyataan balas Aliff Aziz kepada Afifah Nasir

Jika betul apa yang dikatakan itu, saya mahu bertanya, berapa usia Afifah hingga tak boleh tentukan apa yang betul atau salah. Dia bukan belasan tahun hingga perlu mengikut telunjuk orang dengan alasan kononnya nak membantu produksi melunaskan penggambaran dengan segera.
Usia saya 26 tahun dan Afifah sudah 24 tahun… Beza usia kami hanya dua tahun. Sejauh mana dia boleh berkorban jika benar dakwaan pihak produksi meminta dia buat begitu dan begini untuk saya?

Jangan guna alasan kononnya masih baru dalam dunia seni. Bukan dia tak dibayar untuk berlakon. Dia ada hak menolak perkara yang bertentangan dengan kemahuan dirinya.

Saya tak perlu nak selamatkan diri dengan membabitkan orang lain. Saya sendiri mengaku silap sebelum ini dan meminta maaf kepada isteri, keluarga, peminat dan semua pihak atas khilaf yang dilakukan.

Saya fikir Afifah akan matang berdepan hal ini. Saya dan dia tahu perkara sebenar seperti apa yang saya
Loading...
tegaskan sebelum ini.

Apabila saya teliti semula kenyataan Afifah semalam, memang ada yang tak masuk akal. Apa yang terjadi adalah hal peribadi, tak perlu babitkan produksi yang beri rezeki. Jangan nak tegakkan benang yang basah.

Malah jika saya bermasalah tak datang set sehingga lapan hari atau lambat sekalipun, pihak produksi boleh hubungi saya. Mereka boleh saman dan bertindak jika saya tak melunaskan komitmen yang sudah dipersetujui.

Dia (Afifah) patungkah hingga membiarkan tangannya dipegang saya? Bukan dia tak boleh menepis atau menolak tangan saya.

Malah Afifah ada menerima kiriman WhatsApp daripada isteri saya pada sebelah pagi sebelum insiden kantoi di pusat karaoke itu. Namun, Afifah pergi juga pusat karaoke terbabit.

Saya terima hukuman ‘cash’ kerana perkara itu diketahui isteri hingga kantoi pada petang sama. Sedangkan Afifah terus berdolak dalik hingga membabitkan seorang lagi pelakon iaitu Allana Amir yang kononnya akan turut bersama kami di pusat hiburan itu.


Malah, disebabkan Afifah enggan mendedahkan rakaman perbualan kakaknya Anzalna dengan krew produksi bahawa Afifah diminta memujuk Aliff supaya dia lebih berdisiplin di set penggambaran, Aliff berpendapat rakaman itu mungkin telah dilakonkan:

Saya fikir siapa saja boleh ‘berlakon’ menjadi pekerja produksi itu hingga rakaman diperdengarkan kepada wartawan tetapi tidak boleh dirakam semula oleh media atas alasan bimbang kenyataan disalah guna dan menjejaskan reputasi.

Kalau rasa betul kenapa tak didedahkan saja identiti individu yang dimaksudkan.


Dan dia juga tidak takut jika perlu mengambil tindakan undang-undang yang perlu jika Afifah menggunakan lunas perundangan:

Apa masalah Allana sebenarnya? Bukan dia ada setiap hari di set penggambaran pun. Apa yang dia cuba lakukan saya kurang pasti atau mungkin cuba mengambil kesempatan untuk jadi popular dengan kontroversi ini.

Itu saja kenyataan Aliff kepada Berita Harian Online buat masa ini ....kita tunggu pula kenyataan dari produksi atau Afifah pula nanti.
Loading...
Back To Top