Loading...
Beberapa hari lepas beberapa orang ahli politik telah membuat kunjungan dan berjumpa dengan En Arul Kanda, pengurus 1MDB. Rombongan tersebut termasuk mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Komen-komen berkenaan isu 1MDB oleh Tan Sri Khalid Ibrahim susulan perjumpaan itu telah mendapat liputan meluas di dalam akhbar tempatan termasuk Utusan Malaysia.
TS Khalid Ibrahim dilaporkan berkata kemelut 1MDB telah menjadi *mangsa drama politik* di samping penyebaran fakta-fakta dan maklumat salah terutama melalui media-media sosial. Antara lain beliau menyebut bahawa "...nilai kini bersih (net present value) aset yang dimiliki oleh 1MDB masih mampu membiayai liabiliti semasa dan masa hadapan,”.
TS Khalid juga berkata " 1MDB boleh membuat pembayaran hutang yang sewajarnya apabila pendapatan dan keuntungan daripada transaksi aset oleh MOF Inc. mengalir ke 1MDB".
Penulisan ini membentangkan beberapa persoalan yang ditujukan kepada TS Khalid berkaitan komen-komen beliau. Umum mengetahui bahawa syarikat 1MDB telah gagal membayar hutangnya sebanyak USD 603 juta pada 31 Julai 2017 setelah bersetuju melakukannya dalam satu perjanjian beberapa bulan sebelum itu.
Tidakkah ini membuktikan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan syarikat ini? Tambahan pula 1MDB menyatakan bahawa ia mempunyai unit pelaburan (investment units) yang berada dalam simpanan di bank di Singapura yang banyak yang boleh digunakan untuk menyelesaikan hutang-hutangnya. Kalau begitu kenapakah ianya tidak dapat digunakan untuk membayar hutang 1MDB kepada syarikat IPIC?
Tidakkah TS Khalid bertanya kepada Arul Kanda kemungkinan bahawa dakwaan Department of Justice (DOJ) dari Amerika bahawa unit pelaburan itu adalah satu bentuk penipuan adalah benar? Mungkin itu adalah sebab utama kenapa ia tidak dapat dimanfaatkan oleh 1MDB?
Di samping itu kita semua tahu sebenarnya nilai kini bersih aset yang dimiliki oleh 1MDB adalah hanya anggaran oleh pihak pengurusan 1MDB. Ini kerana ia meliputi anggaran aliran tunai ke hadapan (future cash flows) yang dirancang oleh mereka. Anggaran mereka mungkin betul.
Tetapi anggaran masa hadapan adalah tetap anggaran dan bukannya sesuatu yang telah berlaku. Oleh itu mungkin anggaran tersebut berbeza dengan realiti di masa hadapan jika sesuatu yang tidak dirancang tiba-tiba berlaku.
Namun apa yang lebih menghairankan ialah kenapa TS Khalid boleh berasa berpuas hati dengan syarikat 1MDB sedangkan umum mengetahui bahawa beberapa perkara yang luar biasa telah dikaitkan dengan syarikat tersebut. Bahkan ada akhbar antarabangsa termasuk The Guardian dari United Kingdom menggelarkan 1MDB sebagai skandal kewangan terbesar di dunia (World’s Biggest Financial Scandal).
Di samping itu adakah TS Khalid lupa bahawa laporan oleh Ketua Audit Negara berkenaan 1MDB masih tidak boleh dibaca oleh rakyat Malaysia kerana masih di bawah OSA? Kenapakah laporan tersebut perlu diselindungi dari rakyat yang ingin mengetahui selok belok sebenar operasi 1MDB?
Adakah kerana telah berlaku perkara-perkara yang kerajaan tidak mahu rakyat ketahui berkenaan operasi 1MDB? Di samping itu 1MDB sekarang adalah di bawah seliaan Kementerian Kewangan. Jika tidak wujud apa-apa masalah dengan 1MDB, kenapakah perlu 1MDB diletakkan di bawah seliaan Kementerian Kewangan? Dan apakah keputusan-keputusan dan tindakan-tindakan pengurusan tertinggi 1MDB sebelum ini yang menyebabkan perlunya dilakukan langkah rasionalisasi ke atasnya?
Seterusnya TS Khalid patut juga bertanya kenapakah hutang 1MDB selama ini begitu tinggi sehingga pernah mencecah RM50 billion? Dan dimanakah dana hutang itu dibelanjakan sebenarnya?
Adakah benar bahawa banyak transaksi atau urusniaga kewangan 1MDB bermasalah sehinggakan pengerusi eksekutifnya Tan Sri Mohd Bakke Salleh telah meletakkan jawatan pada tahun 2009? Adakah benar bahawa Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan seorang ahli lembaga lain iaitu Tan Sri Azlan Mohd Zainol meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan tindakan pengurus 1MDB memindahkan dana 1MDB berjumlah US$700 million yang telah diperuntukkan kepada projek usahasama 1MDB-PSI dihantar ke syarikat lain tanpa persetujuan lembaga pengarah syarikat?
Tidakkah TS Khalid rasa berminat untuk berbincang dengan TS Mohd Bakke Salleh dan TS Azlan untuk mengetahui sebab sebenar mereka meletakkan jawatan sebelum TS Khalid merumuskan bahawa 1MDB adalah mangsa fitnah politik?
Sewajarnya TS Khalid paling kurang cuba dapatkan secebis gambaran mengenai cara 1MDB diurus pada tahun-tahun yang silam dari individu-individu di atas. Apa yang telah berlaku tidak boleh diketepikan dalam membuat penilaian tentang apa yang sedang dilakukan oleh 1MDB. Ini adalah kerana mereka-mereka yang berpengaruh dalam tindaktanduk yang menyebabkan 1MDB perlu dirasionalisasikan masih lagi berpengaruh sekarang.
Justeru itu dalam menilai ‘kesihatan’ 1MDB sekarang, adalah perlu bagi kita mempersolkan sama ada langkah-langkah sekarang adalah lebih bermotifkan menutup bangkai gajah yang busuk, atau betul-betul menjaga kepentingan awam.
Seperkara lagi ialah adakah benar dakwaan Department of Justice (DOJ) Amerika Syarikat bahawa wang berjumlah berbillion-billion telah dicuri oleh beberapa individu termasuk Jho Low dan digunakan untuk memperkayakan diri mereka sendiri serta mengadakan majlis harijadi maksiat dengan hidangan arak dan kehadiran wanita-wanita yang separuh bogel?
Jika itu telah berlaku, kenapakah pengurusan 1MDB tidak mengambil langkah untuk mendapatkan balik dana tersebut dari mereka atau memastikan mereka ditangkap dan didakwa oleh kerajaan Malaysia. Ini memandangkan pihak berkuasa Switzerland dan Singapura telah mengesahkan bahawa beberapa individu yang rapat dengan Jho Low telah melakukan jenayah pengubahan wang (money laundering) dengan menggunakan dana 1MDB dan ada yang telah ditangkap dan dipenjarakan di Singapura berhubungan dengan kesalahan tersebut.
Jika dakwaan DOJ tidak benar dan kecurian telah tidak berlaku, kenapakah pengurusan 1MDB tidak mengambil langkah untuk membukitikan secara terperinci kepada dunia bahawa aliran-aliran wang yang dinyatakan oleh DOJ sebagai wang haram sebab dicuri dari 1MDB sebenarnya bukan wang 1MDB?
Adakah TS Khalid telah menanyakan soalan-soalan di atas kepada Arul Kanda? Kalau ditanya, apa pula jawapan Arul? Kalau soalan di atas tidak ditanya, apakah asas sebenar kenapa TS Khalid boleh merasa begitu yakin terhadap pengurusan 1MDB sedangkan jelas telah tidak wujud ketelusan dan kebertanggungjawaban (accountability) di pihak pengurusan 1MDB?
Akhir sekali TS Khalid pasti juga sedar bahawa oleh kerana 1MDB adalah milik kerajaan Malaysia, maka dana nya juga adalah secara tidak langsung adalah milik rakyat Malaysia. Oleh itu sebagai wakil rakyat TS Khalid patut peka dengan isu kemungkinan kecurian dana milik rakyat Malaysia telah berlaku. Apabila TS Khalid langsung tidak mengambil peduli tentang isu-isu di atas sudah tentu ini akan membuat orang tertanya-tanya apakah sebenarnya motif TS Khalid membuat kenyataan beliau yang menggambarkan seolah-olah 1MDB bukan sebuah syarikat yang bermasalah. - Mohd Nazari Ismail, PhD.,Biro Penyelidikan IKRAM
US Secretary of State Rex Tillerson. What fantastic timing.
Coincidentally or no, the US DOJ is opening criminal charges over the 1MDB scandal.
It is believed that JoLo is cooperating closely with the DOJ. The DOJ is now putting on hold their assets seizure proceedings against JoLo. Banyak cantik !!
When one crook starts to cooperate with the authorities it is called plea bargaining, turning state wirness etc. Others simply call it 'becoming a snitch'.
In the United States a snitch is usually protected by the FBI. This is because snitches have a habit of hiding in cement filled oil barrels. It has happened before.
This is really, really strange. US Secretary of State Rex Tillerson (oops already came to KL). At the same time the US DOJ is moving to criminal investigation against the 1MDB related money laundering culprits.
The civil suit against JoLo has been put on hold.
So what did Rex Tillerson tell MO1?
"Why dont you check out of Hotel Malaysia and check into Hotel California?"
If there is plea bargaining between JoLo and the US DOJ it may involve negotiating for a lesser sentence.
More importantly for JoLo he will ask to keep some of the money. So that when he gets out of jail there is some cash waiting for him.
I bet the guy has also stashed away sufficient amounts in cash US Dollars and gold bars somewhere outside the US. Maybe in Hong Kong or Macao. Physical gold and physical cash. Maybe in a huge strong room on some estate held in someone else's name.
Akhir kalam : Budak China dan Mat Salleh FBI bukan lah bodoh sangat.- ostb
10 reasons why we
don’t need RM55b ECRL...
Why does the country need a double-tracked, electrified East Coast Rail Line (ECRL) from Port Klang on the west coast of Peninsular Malaysia to Kuantan and Tumpat on the east coast - 688 kilometres, to be built at a massive cost of RM55 billion?
Especially since the earlier double-tracking project from Padang Besar, Perlis to Johor Bharu costing a massive RM36 billion is already one of the greatest, if not the greatest, infrastructure failures in Malaysia ever?
Proceeding with such a dubious project raises many questions over the competency and integrity of the government which awarded this project without a tender process to the China Communications Construction Company (CCCC), a China state-owned company which was barred from World Bank projects in 2009 because of alleged fraudulent practices in other countries.
Also, by now, China’s efforts to further its own interests under the One Belt One Road (OBOR) project is now well-known. Many, including this writer, consider it to be a thinly disguised plan using Chinese and other concessional financings which will strengthen China’s role in international trade, industry and connectivity, often at the expense of other countries.
China’s vision for the ECRL seems to be for the link to provide connectivity via rail between Port Klang and Kuantan for cargo to be moved back and forth which will save transport costs for goods headed to and out of China. But at RM55 billion, the number of goods moved has to be astronomical for it to be economically feasible.
Here are 10 reasons why that ECRL project should absolutely not proceed.
1. Economically not feasible. - At RM55 billion, it’s the largest infrastructure project ever for Malaysia. If we assume a required 10 percent rate of return on the investment, the ECRL has to generate an income, not revenue, of RM5.5 billion a year. Assuming income is even 20 percent of revenue, then revenue needs to be a massive RM27.5 billion! The impossible task ahead is illustrated by this: In 2016, Singapore’s port had a turnover of S$3.7 billion (RM11.7 billion) and a profit of S$1.2 billion.
2. Earlier RM36 billion double-tracking has failed spectacularly. - Let’s look at the utter failure of the RM36 billion double-tracking venture initiated under the Mahathir regime. Rail operator KTM had a revenue of RM1.1 billion in 2016 from which it obtained a cash flow of a mere RM166 million. Revenue is only 3 percent of the cost of double-tracking while operating cash flow is a mere 0.5 percent, not anywhere near enough to cover even interest expenses. For a 10 percent return on costs, cash flow needs to rise over 20 times to RM3.6 billion a year. This is the backbone north-south route of Peninsular Malaysia. How is the ECRL going to fare any better?
3. Expensive. - Not only is the ECRL extremely expensive in absolute terms, it is also very expensive in terms of cost per km at RM80 million compared to the Gemas-Johor Bharu double-tracking stretch of RM45 million per km. However, this is not strictly comparable given that the ECRL goes over hilly terrain. But analysis is seriously hampered by the lack of information.
ECRL study by a local consultant supposed to cost RM29B.How come ballooned to RM55B?
5. Does not serve the country’s purpose. - Such a move does not serve the country’s purpose but instead represents the diversion of badly needed and scarce resources to a project that could potentially fail and fail big and will benefit China directly.
6. Opportunity for patronage and corruption. - By inflating project costs, there are plenty of opportunities for patronage and outright corruption, representing a huge risk to the country and further erosion of government governance and accountability. Reports have flourished saying that amounts from overpricing the contracts could find its way into 1MDB to fill the hole in its debt obligations. Considering that 1MDB is in a rather bad state and needs rescue, such reports cannot be dismissed outright.
7. Serves China’s interests. - The project serves more China interests by providing a cheaper transport alternative to China instead of right around the Straits of Malacca. However, there is no indication that such a move is feasible, with no feasibility study of the project in the public domain at all. That China will provide cheap financing is an indication that China wants the project to go ahead.
8. Mortgaging our future to China. - Malaysia is relying on Chinese finance to get the project off the ground. Abdul Rahman Dahlan, Minister in the Prime Minister's Department in charge of the Economic Planning Unit, reveals that the loan will be provided by China, with a grace period of seven years and a 20-year repayment. What happens, if the project does not pay for itself? What will the government give China in return? Land? Something else? The government should be careful of pawning Malaysia’s future to China through projects which are not likely to be feasible.
9. China’s track record elsewhere not great. - China has come under strong criticism for its actions in other countries in Africa. In Sri Lanka, ports have been constructed with Chinese help for which there is no use and Sri Lanka is hard put to repay debts. Instead, it is said to be giving China large chunks of property surrounding these ports. Surely we don’t want the same to happen in Malaysia.
10. Very high opportunity cost. - RM55 billion is a lot of money. It can be put to better use elsewhere. Also, there is a tendency to regard this as easy money, but easy or not, it needs to be repaid at some time in the future. If there is no return, the repayment comes from public funds - the economy could crunch then. Not only would we be crippled with massive losses and debts, we would have lost the opportunity to put the money to far better use, helping entrepreneurs for instance through reasonable access to funds.
The evidence so far is overwhelming against ECRL but the government’s persistence in going ahead with the project with unusual haste and without due consideration is extremely alarming. The consequences for the future of the country can be devastating, especially if more such projects materialise.- P.Gunasegaram,mk
ECRL will only burden Malaysians
Loading...