Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

15 AMK kena cekup nak ganggu program PM di Permatang Pauh

Sejak semalam lagi berbagai provokasi dibuat oleh PKR Pulau Pinang menjelang lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di kubu kuat mereka Permatang Pauh.

Malam tadi mereka sengaja meletakkan bendera
Loading...
PKR di sebelah setiap bendera BN yang dipasang untuk sambut kehadiran Najib.

Sebentar tadi kemuncaknya selepas pihak keselamatan menahan 15 pemimpin dan ahli AMK Pulau Pinang dipercayai mahu menganggu lawatan Najib.

Kumpulan itu ditahan selepas berkumpul di depan Politeknik Seberang Perai di Bukit Mertajam, di mana perdana menteri dijangka menyertai ribuan orang sebentar lagi.

Ketua Pemuda PKR (AMK) negeri, Asrol Sani Abdul Razak mengesahkan kejadian itu.

Mereka yang ditahan itu termasuk Asrol Sani dan anggota Majlis Perbandaran Seberang Perai Ong Jing Cheng kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah.
Loading...
Back To Top