Teringin nak buat kek tapi malas? Rajin nak buat kek tapi tak ada oven? Oven rosak? Ah tak kiralah apa alasannya pun, i can feel you, meh kita buat kek pisang yang mendapat pujian ramai ni menggunakan rice cooker aje. Mudah dan sedap.
Bahan-bahannya:
1 1/2 cawan tepung
3/4 cawan gula putih
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1 cawan pisang masak yang sudah siap diramas
1/3 cawan butter ( pastikan butter betul-betul lembut)
1/4 cawan susu
1 biji telur
minyak masak
Cara-caranya:
Campurkan tepung, gula, baking power, baking soda dan garam ke dalam mangkuk. Adun menggunakan pengadun sehingga bahan-bahan sebati.
Campurkan pisang, butter, susu dan telur. Adun sehingga adunan menjadi pekat dan kelihatan berkrim. Jika menggunakan mixer elektrik, gunakan low setting.
Anda boleh campurkan buah-buahan kering atau pun kacang, jika mahu.
Gunakan berus ataupun tisu dapur dan sapukan
Loading...
minyak masak ke dalam rice cooker.
Tuangkan campuran yang rice cooker dan tekan cook. Sama seperti memasak nasi cuma kek pisang harus di masak 2 kali. Setelah masak, tunggu sebentar dan tekan cook lagi sekali. Selepas itu gunakan lidi dan cucuk kek itu. Jikalau lidi itu clear bermakna kek telahpun masak. Biarkan sejuk. Kemudian keluarkan dari periuk dan hidangkan.
Resepi dari website lain untuk kek pisang rice cooker --pilih je mana resepi paling mudah
http://ift.tt/2vE0jpf
http://ift.tt/2tFFw7g
Resepi dan video cara-cara buat kek pisang rice cooker
Selamat mencuba!
Loading...