Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Resepi Kek Coklat Moist Mudah Laku Kerass!


RESEPI KEK COKLAT MOIST MUDAH


Resepi ini di kongsikan oleh Nor Fahimah Abdul Halim yang merupak resepi yang digunakan ketika beliau berniaga kek dahulu.

(Share dari Facebook Viral D Viral) Umi dah janji kan nak bagi resepi. Resepi ni memang resepi yang umi guna untuk berniaga kek dulu dulu. Masa nak cari duit tambah. Alhamdulillah kek ni ramai yang repeat oder lagi lagi lagi dan lagi. SHARE tau resepi ni, niat nak bantu, mana tahu boleh bantu siapa siapa yang nak cari duit lebih kan. Boleh buat makan untuk raya juga. Jom umi kongsi resepi. Semoga bermanfaat.


BAHAN-BAHAN KEK:-

240g Tepung gandum
60g serbuk koko
230g gula
1 cawan minyak
1 cawan susu cair ( guna 2 sudu susu tepung kacau dalam air pun boleh )
5gm esen vanila
5gm sodium bikarbonat
2 biji telur

CARA CARANYA :-
Campurkan semua bahan dan kacau guna senduk sehingga sebati (Sebelum tu panas pengukus dulu Lapik loyang menggunakan kertas minyak dan tuang semua bahan tadi.
Ikat kain pada penutup periuk pengukus.
Kukus kek selama 60 minit ( Dah boleh mula check kek
Loading...
dengan cucuk guna selepas 50 minit, kalau dah ok boleh tutup api )


BAHAN BAHAN TOPPING:-

30g serbuk koko
2 sudu minyak masak
1 cawan susu pekat manis
Coklat rice

CARA CARA:-
Campurkan susu pekat manis, minyak dan serbuk koko dan gaul secara double boil. Agak agak likat terus angkat.

CARA HIDANG:-
Setelah kek sejuk, letakkan toping keseluruhan kek.
Taburkan coklat rice.
Siap!

  # Cair dalam mulut bakhanggg

TIPS:-

1. Kukus kek lebih moist berbanding bakar.

2. Topping boleh adjust ikut selera masing masing, lebihkan/kurangkan susu atau serbuk koko.

3. Letak topping ketika kek sudah sejuk.

4. Resepi diatas boleh juga digunakan untuk buat cupcake. (Kukus 20 minit )

Selamat mencuba! 😊

SHARE biar sama sama boleh cuba 😘

Kredit resepi: Nor Fahimah Abdul Halim
Kredit video: IG @noy_yullan

Terima kasih kepada tuan punya resepi. Semoga murah rezeki puan sekeluarga.
Loading...
Back To Top