Pemimpin-pemimpin DAP terus mempamerkan lagak sebenar mereka apabila secara terbuka menggunakan media sosial masing-masing untuk menghentam Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berikutan kenyataannya bahawa kerajaan negeri itu masih berasaskan Pakatan Rakyat yang dianggotai Pas.
Antara pemimpin DAP itu ialah Lim Kit Siang, Tony Pua dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dilaporkan oleh beberapa akhbar tempatan, telah mempertikaikan Mohamed Azmin setelah menganggap Pakatan Rakyat tidak lagi wujud.
Pua melalui Facebooknya mempersoalkan Menteri Besar Selangor itu dengan berkongsi satu artikel dan menganggap kenyataan Mohamed Azmin itu sesuatu yang melucukan atau menyedihkan, sementara Kit Siang menggunakan Twitter melabelkan kenyataan itu sebagai mengejutkan dan

Loading...
tidak boleh diterima.
Menurut akhbar The Star, setelah menerima kecaman tersebut, jurucakap Mohamed Azmin terus tampil memberi penjelasan bahawa kenyataan itu adalah berdasarkan pembentukan kerajaan mengikut keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu apabila Pakatan Rakyat yang turut dianggotai Pas menguasai negeri itu.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini berkenan dengan hasrat Mohamed Azmin untuk mengekalkan ketiga-tiga Exco daripada Pas dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sehingga ke tarikh pilihan raya umum akan datang.
Pakatan Rakyat terbatal dua tahun lalu setelah Pas enggan bekerjasama dengan DAP kerana menganggap parti itu menolak perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas.
Minggu lalu, DAP juga telah menunjukkan kuasanya dalam Pakatan Harapan apabila Kit Siang tanpa segan silu meletakkan Datuk Husam Musa sebagai Menteri Besar Kelantan sekiranya Pakatan Harapan berjaya merampas negeri itu daripada Pas.
Perkara itu mendapat reaksi daripada Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah, yang menganggap kenyataan yang dibuat oleh Penasihat DAP itu menunjukkan betapa ganjilnya peranan DAP dalam Pakatan Harapan meskipun DAP sendiri tidak ‘wujud’ di Kelantan.
Utusan