Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz mengakui bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai perancangan untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.
ADUN Ayer Hitam itu bagaimanapun menafikan bahawa bapanya dan Muhyiddin ‘berpakat’ untuk melaksanakannya bersama.
“Saya bersetuju bahawa ayahanda saya berusaha untuk menjatuhkan Najib dan rancangan itu

Loading...
bukan bermula pada tahun 2015 tetapi lebih awal lagi iaitu tahun 2014,” katanya dalam keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Khamis.
Mukhriz, 52, yang juga Timbalan Presiden PPBM menjawab pertanyaan peguam, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos dalam perbicaraan kes saman fitnah berhubung dua kenyataan media oleh Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad pada April lalu.
Ketika ditanya sama ada rancangan berkenaan dihebahkan kepada umum dan disiarkan dalam media perdana serta media sosial, Mukhriz menjawab ‘Ya’.
Terdahulu Mukhriz mendakwa sudah memaklumkan melalui satu kenyataan media pada 21 April yang mengesa Tengku Sarifuddin supaya menarik balik kenyataannya atau berhadapan tindakan undang-undang.
Beliau mendakwa kenyataan itu menggambarkan beliau bersekongkol dengan Muhyiddin dan Dr Mahathir dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan.