UMNO Ampang beri tempoh kepada Exco kerajaan negeri Selangor selama tujuh hari untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan berhubung kemusnahan hutan Taman Rimba Ampang disebabkan projek EKVE.
Ketua Bahagiannya Datuk Ismail Kijo berkata perkara itu tidak boleh didiamkan lagi kerana telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk di kawasan itu.
“Kawasan tadahan air yang terlibat adalah meliputi sebahagian daripada Ampang, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Rungutan disebabkan berlaku hujan lebat, apabila air mengalir ke kawasan tadahan, keadaan menjadi keruh.
“Dalam soalan dewan DAP Bukit Gasing, bila ditanya perkara ini kepada Exco Alam Sekitar, ia memberi jawapan bahawa projek EKVE itu tidak menjejaskan hutan simpan di Ampang. Tetapi apa yang dah jadi sekarang ini? Air tetap mengalir dan boleh menjadi banjir lumpur,” katanya pada sidang media di Ampang, Jumaat.
Sebelum ini DAP Bukit Gasing Rajiv A/L Rishakaran meminta Elizabeth Wong menyatakan sama ada kawasan tadahan air terjeas seperti dilaporkan media.
Namun, Elizabeth merujuk jawapan hansard dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berkata Hutan Simpan Ampang tidak terjejas

Loading...
dengan pembinaan lebuhraya EKVE kerana jajarannya di bahagian bawah.
Namun jelas Ismail perkara tersebut tidak sama seperti apa yang dijelaskan Elizabeth sendiri.
Ini bermakna Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membenarkan penipuan berlaku di dalam sidang DUN apabila Elizabeth tidak menyatakan perkara yang benar.
“Sebelum ini Azmin pernah berkata pada 30 Oktober 2015 bahawa projek ini perlu diberhentikan serta merta jika terdapat masalah yang berlaku, tapi nampaknya projek ini diteruskan sehungga ke hari ini tanpa mengendahkan keluhan daripada penduduk di situ.
“Adakah Azmin sendiri lupa dengan apa yang dikatakan dulu?” Soalnya lagi.
Turut hadir dalam sidang media tersebut, Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwandin Hamzah dan Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Makmor Othman.
Azwandin dalam masa yang sama turut menyatakan sebelum ini surat rasmi telah dihantar kepada Exco negeri Selangor berhubung masalah itu, namun tiada sebarang jawapan malah terus membisu sejak dua bulan lepas.
“Kita dah pun hantar surat rasmi kepada mereka sebelum ini, surat itu mewakili NGO tapi mereka tidak pedulikan perkara itu.
“Tapi selepas 7 hari yang kita berikan ini, kita tidak akan teragak-agak untuk turun ke padang mendapatkan tandatangan penduduk dan menghantar petisyen, memo juga akan dihantar kepada exco kerajaan negeri dan Menteri Besar.
“Kita nak semua perancangan tidak disorok lagi dan perlu dinyatakan secara jelas kepada rakyat, ini bukan isu politik, ini lebih kepada kepentingan rakyat,” ujarnya .