Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Dituduh Kuda Tunggangan DAP: Mujahid Tuntut RM5 Juta Dari Pensyarah UUM


Kes saman fitnah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa terhadap Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Yusoff yang mendakwa pemimpin Amanah itu kuda tunggangan DAP akan didengar pada 27 Julai ini.



Peguamnya, Mohd Fitri Asmuni ketika menyerahkan notis saman kepada timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini berkata, Mujahid menuntut ganti rugi RM5 juta daripada pensyarah itu kerana memfitnah beliau di Facebook miliknya.

“Mujahid menuntut injunksi menghalang defendan (Kamarul) sama ada menerusi beliau sendiri, ejen, pekerja atau sesiapa daripada menerbitkan kenyataan berbaur fitnah atau apa-apa yang mempunyai kesan terhadap plaintif di media sosial, media cetak atau elektronik.

“Plaintif (Mujahid) menuntut ganti rugi sebanyak RM5 juta, termasuk ganti rugi keterlaluan atau teladan untuk libel,” katanya kepada wartawan di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Kamarul menerusi Facebooknya pada 25 Mei lepas menuduh Mujahid kuda tunggangan DAP dan hasil semakan di Facebook pensyarah itu mendapati status berkenaan masih wujud.

Kamarul membuat tuduhan itu ekoran kenyataan naib presiden Amanah itu yang disiarkan portal berita Malaysiakini pada 24 Mei lalu yang membela Speaker
Loading...
Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh.

Kamarul mendapat perhatian media apabila mendakwa buku karya Yeoh “Becoming Hannah” sebagai cubaan memujuk, mempengaruhi atau menghasut rakyat Malaysia menjadi penganut atau cenderung kepada ajaran Kristian berdasarkan petikan daripada Bible.

Kenyataan Kamarul itu menyebabkan beliau dikecam pelbagai pihak, termasuk Mujahid dan beberapa laporan polis dibuat terhadapnya, termasuk Yeoh sendiri.

Fitri berkata, kenyataan Kamarul berunsur fitnah dan dibuat dengan niat jahat sehingga merosakkan reputasi Mujahid.

“Kenyataan berunsur fitnah menjejaskan imej, reputasi, kedudukan dan kerjaya plaintif sebagai umat Islam, ahli Parlimen, pemimpin parti dan masyarakat.

“Kenyataan itu sendiri membuktikan satu fitnah berat dan serius yang membabitkan soal agama, perkauman, kepercayaan dan ketaatan plaintif terhadap Islam dan negara.

“Defendan menerbitkan kenyataan berunsur fitnah tersebut tanpa terlebih dahulu membuat semakan atau pengesahan dengan plaintif,” katanya.




Pada 1 Jun lalu, Mujahid yang juga ahli Parlimen Parit Buntar melalui peguamnya menuntut permohonan maaf daripada Kamarul, namun beliau enggan berbuat demikian.

“Sebagai maklum balas, sukalah saya tegaskan kepada Dr Mujahid, saya tidak sama sekali akan membuat sebarang permohonan maaf kepada beliau.

“Sebaliknya, saya tegas berpendirian apa yang saya nyatakan dalam artikel Facebook saya ini tidak mengandungi sebarang fitnah,” kata Kamarul lapor FMT
Loading...
Back To Top