Akak memang dah ditakdirkan agaknya, semasa bersekolah mesti berkawan rapat dengan perempuan-perempuan yangdilahirkan gojes sebegini. Tak payah cerita panjang lebar lah ya...akak skip pergi ke cerita utama, headline dia betul-betul bertuah ke jadi perempuan cantik? Masa tingkatan 3, akak ada seorang kawan merangkap jiran, Ina nama dia. Famili dia mesti keturunan lawa gamaknya. Mereka orang Banjar. Adik beradik dia semua hensem-hensem dan lawa-lawa belaka. Kakak dia punya cun sampai orang Itali pinang duduk Itali sampai sekarang. Ina pula jangan cakaplah dari tingkatan 3 lagi semua mata lelaki dah tertumpu dekat dia. Seawal umur 18 orang dah pinang. Sayang gila laki dia dekat dia. Tapi takdirnya. Ina tak sihat macam orang lain...dia ada kanser...dia sempat berkahwin setahun dua je kemudian meninggal kerana sakit.
Point yang akak nak tunjukkan di sini ialah semua manusia ni tak kira lawa atau biasa-biasa aja, pasti ada dugaan hidup masing-masing. Macam arwah Ina, dia baik, walaupun cantik dia tak sombong, dia tak kaki berpesta, bersosial sana sini, hubby dia sayang gila dekat dia tapi Allah kasi dia dugaan penyakit kronik. Dan dia pergi menanggung sakit....
Loading...
src="https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_uumJP_mDSX8vXKzYmFJhGpPKuaDfjer9sKBPkfDGAUPtZ7270NPB3-R9TErv3_mpjH3XA_nvAwGQ=s0-d" width="640">
Kes kedua pulak...10 tahun lepas akak ada terbaca kisah pengakuan dalam majalah, terlupa pula majalah apa, kisah seorang perempuan yang terlalu cantik sampai menderita kerana kecantikannya. Wanita ini oleh kerana terlalu cantik, seluruh kampung tergila-gilakannya. Selepas SPM ayahnya, seolah-olah menjual anak dan kahwinkan dia dengan kawan ayahnya. Suami dia yang tergila-gilakan dia pakai dia dalam 3 bulan je lepas tu dah mula menjual dia kepada kawan-kawan. Bermula dengan kawan, selepas tu kepada kawan ke atas kawan. Maklumlah orang lawa, pulangan untuk laki dia sangat masyuk gamaknya...akhirnya dia jadi pelacur sepenuh masa di hotel-hotel. Bukan dia tak cuba lari, malah dah banyak kali dia cuba, semuanya berakhir dengan dia dibelasah. Ada sekali tu sampai seminggu dia tak boleh bangun. Tak boleh bangunpun, suami dia tetap suruh melayan pelanggan-pelanggan. Lebih kurang gitulah ceritanya. Sedihkan? Percayalah lelaki macamana lawapun perempuan tu, bila dia dah dapat, yang lawapun dah jadi tak lawa. Itulah hakikatnya. Kalau tak, takde lah korang tengok ada wanita-wanita lawa dan anggun menjadi janda.
Kes ketiga, seorang model Pakistan dibunuh oleh abangnya sendiri untuk menjaga maruah keluarga.
Qandeel Baloch, gambar di atas, dibunuh oleh abangnya kerana dihasut oleh kawan-kawan abangnya yang mengatakan bahawa Qandeel telah mencemar nama keluarga, padahalnya wanita cantik ini menjadi model kerana ingin membantu keluarga. Keluarganya terlalu miskin sehingga tinggal di rumah yang berlantaikan lumpur dan Qandeel sendiri telah membantu abangnya itu untuk membuka perniagaan namun abangnya termakan hasutan rakan-rakan.
Korang google lah sendiri, banyak lagi kes-kes wanita cantik dirogol dan dibunuh dengan kejam kerana cinta tidak berbalas, ada yang dibakar kerana pinangan ditolak dan sebagainya. Kadang-kadang lahir terlalu cantik adalah satu sumpahan. Tak semuanya berbahagia seperti yang kita sangkakan. Selagi kita bernama manusia semuanya ada ujian hidup masing-masing.
Loading...