Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Barang yang perlu ada dalam beg seorang perempuan untuk pertahanan diri


Selain alat-alat makeup anda perlu sesuatu untuk pertahankan diri anda. Anda tahukan kita duduk di era perogol dan penculik berkeliaran. Bukan nak takutkan anda tetapi ini kenyataannya. Maka selain dari alat-alat kecantikan, handphone dan, anda perlu sesuatu untuk pertahan diri anda jika terjadi sesuatu yang tidak diingini.

Di sini ada beberapa tips untuk keselamatan diri

1-Sentiasa peka dengan persekitaran anda
2-Elakkan menggunakan telefon ketika berjalan di tempat sunyi. Anda perlu extra fokus pada ketika ini. Jangan sesekali melayan teks atau membiarkan konsentrasi anda terganggu dengan melihat photo facebook dan sebagainya ketika berjalan
3-Jangan tunjukkan seperti anda seorang penakut. Berjalanlah dengan penuh yakin dan berani. Pemangsa selalunya akan target mereka yang kelihatan seperti penakut.
4-Jika orang yang tidak dikenali cuba merapati anda ketika berjalan seorang diri, anda layak untuk menyuruh mereka supaya menjauhkan diri dari anda. Jangan takut dianggap tidak sopan atau sebagainya. Keselamatan adan lebih penting dari kesopanan anda buat masa itu.
5-Jangan terpedaya jika sesiapa cuba mengajak anda ke lokasi lain.
6-Jangan sesekali menaiki kenderaan orang yang tidak anda kenali, tidak kira apapun pujuk rayu atau alasan yang diberi oleh mereka.
7-Jangan sesekali memberi info yang terlalu mendalam di laman social anda. Jangan berikan alamat rumah dan sebagainya.
8-Sekiranya perlu menggunakan pertahanan diri, serang
Loading...
bahagian yang lemah, jika lelaki di bahagian kemaluan mereka contohnya. Bahagian yang lain ialah mata, hidung, tekak.
9-Jangan bawa senjata yang anda sendiri tidak mahir menggunakannya di dalam beg anda. Ini akan memberi kelebihan kepada penyerang anda untuk menggunakan barang tersebut untuk menyerang anda kembali.
10-Sentiasa bawa pepper spray di dalam beg anda







Pepper Spray
Apabila diganggu atau diserang cuba capai spray ini dah spray ke muka penyangak tersebut.  Selepas membeli pepper spray ini pastikan anda pratiskan penggunaannya. Ini mengelak dari anda sendiri jadi kelam kabut ketika suasana genting. Ingat anda perlu tahu cara menggunakannya sebelum digunakan.

Lihat tips, do and don't dan demo di bawah




Ada bermacam brand dan jenis pepper spray klik sini untuk cari yang mana anda rasakan sesuai.
Loading...
Back To Top