Baru-baru ini, Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan Australia telah mengumumkan senarai pekerjaan tenaga mahir baru untuk program pengambilan imigresen bagi tahun 2017-18. Ia berkuatkuasa bermula 1 Julai 2017, Sabtu lalu.
Mereka boleh bekerja dalam bidang kemahiran awam yang terbahagi kepada dua iaitu Medium and Long-term Strategic Skills List (MLTSSL) dan Short-term Skilled Occupation
Loading...
List (STSOL).
Buat pemohon yang mempunyai visa subclass 457, tempoh visa maksimum yang disyaratkan adalah 2 tahun jika pekerjaan anda itu di bawah STSOL melainkan tempoh yang lebih lama diperlukan untuk memenuhi kewajipan perdagangan antarabangsa.
4 tahun adalah tempoh visa maksimum yang disyaratkan jika pekerjaan anda berada di bawah MLTSSL.
Migrasi tenaga mahir dikatakan laluan yang paling realistik untuk mereka yang ingin berhijrah ke Australia, kerana majikan tempatan sering merekrut pekerja luar negara atas sebab permintaan tinggi dan kekurangan tenaga mahir di dalam negara
Selaras dengan pembaharuan ini, kerajaan Australia akan memperbaharui senarai ini setiap enam bulan sekali. Senarai ini disemak berdasarkan konsultasi dan nasihat yang luas dari Jabatan Pekerjaan serta Jabatan Pendidikan dan Latihan tempatan.
Tengok senarai 178 jenis kerja dan berita selanjutnya di sini