Ahli Jawatankuasa Tertinggi DAP, Dr Tan Seng Giaw yang sedang berhadapan masalah komunikasi dengan setiausaha parti itu dilaporkan bersedia mempertahankan kerusi Parlimen Kepong untuk penggal ke sembilan dalam pilihanraya umum akan datang.
Bagaimanapun, Seng Giaw berkata, keputusan muktamad terletak pada pucuk pimpinan parti sama ada khidmat beliau diperlukan atau tidak.
Beliau

Loading...
dipercayai bakal berhadapan tindakan tatatertib oleh partinya susulan kritikan pedas beliau terhadap Kerajaan Pulau Pinang diketuaiLim Guan Eng melalui laman Facebook pada minggu lalu berkenaan masalah alam sekitar di negeri itu.
Tindakan Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara itu dikatakan sebagai mengecam kepimpinan parti.
Sebelum ini terdapat dakwaan bahawa karier politik Seng Giew akan dibunuh oleh pimpinan tertinggi DAP demi kelangsungan politik Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang.
Seng Giaw bagaimanapun berkata beliau tidak bimbang akan dikenakan tindakan oleh pusat parti kerana beliau percaya dirinya tidak bersalah.
“Kritikan saya adalah berdasarkan apa yang dilihat oleh saya. Saya tidak tujukan kepada sesiapa. Harap semua pihak berkaitan jangan terlalu sensitif,” lapor Oriental Daily, Sabtu.