Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Lelaki Belasah Pemandu UBER Ditahan Polis


Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang pemandu Uber cedera dipukul sekumpulan lelaki selepas didakwa mencabul wanita Vietnam di Paya Terubong, di George Town Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata tiga lelaki berusia 29 hingga 40 tahun termasuk suami kepada wanita Vietnam itu ditahan secara berasingan sekitar Paya Terubong dan Air Itam, semalam. "Selain itu pemandu Uber berusia 29 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan, mereka semua direman empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut,"
Loading...
katanya hari ini. Katanya pihaknya menerima dua laporan berhubung kejadian itu iaitu masing-masing daripada wanita Vietnam yang mendakwa dicabul sementara pemandu Uber yang dipukul menafikan dia mencabul pelanggannya. Anuar berkata susulan penahan mereka, polis turut merampas beberapa buah telefon bimbit daripada pemandu Uber dan suami kepada wanita Vietnam itu untuk siasatan. "Pemandu Uber itu disiasat menurut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul manakala tiga lelaki berkenaan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Zainol Samah ketika dihubungi Bernama berkata polis turut menahan wanita Vietnam berusia 43 tahun itu hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan dan merampas telefon bimbitnya yang didakwa merakam kejadian cabul tersebut. Katanya polis juga telah mengenal pasti identiti beberapa lagi lelaki yang terlibat dalam kejadian memukul pemandu Uber itu dan minta mereka menyerah diri untuk membantu siasatan.
Loading...
Back To Top