Gadis ini diberi nama Qian Hongyan dan menetap di sebuah perkampungan di China. Semasa Qing berusia 4 tahun dia telah kehilangan kedua belah kakinya akibat dari sebuah kemalangan. Namun itu tidak melemahkan semangatnya untuk terus hidup. Bahkan dia menjadi inspirasi kepada berjuta manusia lain kerana semangat juangnya yang kental.
Ibu bapa Qing tidak mampu untuk memberikan rawatan yang sempurna, malahan tidak mampu untuk membelikan kaki palsu untuk Qing, lantas mereka melekatkan bola di pinggang Qing untuk mempermudahkan pergerakkannya.
Qing sangat cepat menyesuaikan diri menggunakan bola keranjang itu untuk bergerak ke sana kemari. Masyarakat mengelarnya "Basketball girl ". Beliau sangat aktif malahan berjalan ke sekolah sejauh 5 km setiap hari waktu persekolahan. Dan disebalik kekurangan dan kesusahannya mengharungi kehidupan yang serba kekurangan, dia adalah salah seorang pelajar terbaik di sekolahnya.
Pada suatu hari Qing tiba-tiba berminat untuk menyertai sukan renang. Meskipun ibu bapanya bimbang Qing akan mengalami kesukaran dan menjejaskan kesihatannya, namun kesungguhan Qing menyebabkan ibu bapanya bersetuju untuk mendaftarkan Qing untuk belajar berenang di sekolah renang komuniti berdekatan sekolahnya.
Ajaibnya Qing tidak mempunyai masalah malahan memang mempunyai bakat dalam bidang renang. Photo dia berenang akhirnya menjadi viral dan mendapat perhatian ramai. Dan sekaligus keluarga Qing dibanjiri oleh derma tanpa henti untuk tujuan dia mendapatkan kaki
Loading...
palsu.
Sehingga usia 16 tahun, beliau terus berusaha gigih dan tanpa jemu untuk melayakkan diri ke pertandingan renang peringkat olimpik untuk mereka yang kurang upaya. Pasa mulanya beliau hanya mampu mendapat peringat gangsa. Kini beliau adalah seorang Champion. Beliau adalah salah seorang pemegang pingat emas untuk negaranya dalam acara renang kurang upaya olimpik. Hebat Gadis ini, kan?
Gambar atas adalah gambar Qing yang terkini.
Lihatlah apa erti semangat juang yang sebenar. Kegagalan atau kekurangan tidak patut kita jadikan alasan untuk mengeluh atau berputus asa. Lihatlah apa yang bisa dicapai jika kita tidak putus asa dan punyai azam yang kuat. Cerita Qing patut dijadikan contoh dan motivasi untuk kita semua untuk terus berusaha mencapai apa yang kita idamkan.
source berita dan gambar : chinadaily, dailymail.co.uk,isthatlegit
Pada kali pertama Qing mencuba kaki palsunya dia menyesuaikan diri tanpa masalah dan bantuan dari sesiapa. Memang Qing sebuah budak yang berjiwa kental.