Namanya Benben. Dia digelar sebagai kucing yang paling sedih di internet oleh netizen. Semasa Benben dibawa ke pusat perlindungan kucing, dia telah dijumpai parah, tulang belakangnya patah, punyai banyak tanda-tanda lebam dan luka di badannya. Dipercayai Benben telah diserang oleh binatang bersaiz besar semasa dia di jalanan.
Selepas dirawat Benben telah hilang semangat untuk hidup. Dia seperti hilang semangat juang. Pekerja si shelter menjangkakan bahawa Benben tidak akan bisa berjalan semula. Benben mengelak untuk makan dan minum. Pihak shelter fikirkan bahawa Benben sudah tiada harapan untuk hidup dan bercadang untuk mematikannya dari membiarkan Benben menderita sakit.
Wajah Benben seolah-olah mewakili hatinya yang mendung kerana dia seolah-olah faham yang masanya untuk pergi meninggalkan dunia semakin hampir. Sejam sebelum Benben dijadualkan diberi suntikan maut, seorang pekerja klinik haiwan telah datang apabila mendengar cerita tentang Benben.
Manusia berhati mulia itu mengambil keputusan untuk memeliharanya.
Wajah Benben pada kali pertama dipeluk oleh ibu angkatnya.
Loading...
src="https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_sqg3Q88YL0jpZm1EBKrlS7zowoOc-MMvx4Jb6JJVjMRP3ku8WK-fod3KVrjSTRSGM2I6HZNO527g=s0-d" width="400">
Kali pertama Benben di bawa pulang ke rumah.
Apabila dibawa pulang ke rumah Benben mengambil masa sebentar untuk menyesuaikan keadaan. Selepas itu keajaiban berlaku. Benben telah punyai semangat untuk hidup semula. Dia menjadi seekor kucing yang punyai sifat ingin tahu yang tinggi. Benben yang dikatakan tidak mampu berjalan semula telah berusaha untuk menyembuhkan dirinya.
Ben kini telah mampu berjalan namun masih belum sembuh sepenuhnya. Benben masih perlu ubat-ubatan dan masih berusaha untuk terus pulih kerana Benben kini bukan lagi kucing paling sedih tetapi kucing yang sangat disayangi. Benben telah temui kebahagiaan dan kasih sayang.
Kucing paling sedih di internet telah menjadi kucing yang mengada-ngada hahaha...
Comelkan Benben? Terima kasih kepada pasangan yang memberi kehidupan baru kepada Benben.
sumber :
BenBen (@benbencatcat) • Instagram
Saksikan perubahan pada wajah Benben, bekas kucing jalanan apabila mendapat kasih sayang buat pertama kali dalam hidupnya.