Insyallah akan jadi kenyataan dan Perak akan jadi negeri pertama ada calon yang bertanding dalam pilihanraya umum dari golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Mereka bakal bergelar YB juga, kata seorang pemimpin kerajaan yang mengulas isu ini. Ini supaya mereka turut berpeluang menabur bakti dalam politik kepartian.
Isu mengenai pencalonan golongan OKU dan peluang sama rata diberikan kepada mereka dalam pilihanraya umum dibangkitkan oleh seorang perwakilan belia OKU pada sesi dialog Program Transformasi Nasional (TN) 50 Belia OKU anjuran TAJ International College (TIC) dengan kerjasama Dewan Muda, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia Perak (DPPM) di Dewan TAJ International College, Ipoh pada Jumaat.
Ketika mengulas dan menjawab pertanyaan ini,Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan Perak, Datuk Shahrul Zaman Yahya yang hadir pada sesi dialog itu berkata beliau menyokong saranan yang dibuat perwakilan belia OKU itu.
"Saya menyokong saranan yang dibuat ini supaya kuota-kuota tertentu diberikan untuk jawatan-jawatan lantikan.
"Namun dalam masa yang sama saya mencadangkan OKU untuk melibatkan diri dalam bidang politik kerana

Loading...
akhirnya mereka juga layak untuk dipilih sebagai wakil rakyat adun dan ahli parlimen.
"Saya mencadangkan mereka ini perlu melibatkan diri dahulu kerana kita tahu bahawa politik kepartian ini memerlukan individu-individu itu untuk tampil kehadapan dan menawarkan perkhidmatan mereka.
"OKU juga tidak harus kecuali seperti kita untuk menawarkan diri bagi mereka memberikan khidmat dalam bidang politik dan kepartian.’’ Katanya.
Shahrul Zaman ketika diminta mengulas perkara itu oleh pemberita berkata, pembabitan golongan OKU dalam politik kepartian tidak memberikan impak negative kepada golongan itu di mata rakyat.
"Kita telahpun memulakannya dan melihat dalam Dewan Belia..kita ada tiga orang perwakilina yang mewakili golongan belia OKU dalam Dewan Belia Perak.
"Dalam masa yang sama kita harap dalam dewan perwakilan lain juga mereka boleh diberikan peluang sama ada dalam parti dan dalam kerajaan,’’ katanya.
Beliau menyifatkan Program TN50 itu yang pertama kali diadakan di kolej berkenaan sebagai amat berjaya sambil berharap ia dapat dicontohi oleh institusi pengajian tinggi dan kolej swasta lain di negara ini.
"Dialog hari ini dianggap terbaik kerana aspirasi yang dibangkitkan perwakilan lebih memfokuskan kepada isu pendidikan, peluang perniagaan pekerjaan dan kemudahan infrastruktur yang perlu diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan,’’ katanya.
Beliau memberikan contoh isu pusat sehenti untuk golongan OKU yang telah dibangkitkan dimana beliau berpendapat isu itu perlu diberi perhatian segera.
"Itu satu cadangan yang cukup baik ..cuma ia perlu diusulkan kepada pihak Pusat khususnya untuk mereka ini tempat seperti di UTC dan RTC di luar bandar,’’ katanya.