Datuk Seri Azmin Ali cuba mengalihkan perhatian daripada hu ha di Selangor mengenai ada ADUN nak keluar PKR dengan menyerang Perak dengan menawarkan 'bantuan' daripada Selangor untuk pembangkang merampas semual negeri itu.
Timbalan Presiden PKR itu boleh cuba, tapi bak kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambri Abd Kadir, dalam keadaan sekarang Azmin sepatutnya menumpukan perhatian menjaga negeri itu daripada menyusun strategi menawan Perak.
Azmin sebelum itu mengisytiharkan Perak merupakan negeri angkatnya untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU ke14 dengan memastikan barisan pembangkang yang pernah berkuasa pada 2008 kembali memerintah semula.
Mengulas perkara itu, Zambry menyindir cita-cita besar MB Selangor itu dengan berkata... ”negerinya sendiripun belum tentu dia boleh menang.”
Beliau memberi nasihat agar Azmin mencermin diri sendiri . . . “ tengok Selangor dahulu sebelum berhasrat untuk merampas negeri Perak sebagai negeri pembangkang”.
“Selangor pun belum tentu boleh menang pada pilihan raya akan datang, . . . “ sambil menambah “ . . . kalau rasa kuat boleh bahagikan masa . . .. baguslah.”
Beliau pada masa sama tidak bimbang malah mengingatkan bahawa pembangkang sendiri kini terpalit dengan pelbagai masalah dalaman. Ia merujuk kepada perpecahan ketara dalam pakatan pembangkang menyaksikan PAS,salah satu komponen penting, hampir pasti memutuskan kerjasama dengan PKR.
Untuk rekod, Azmin yang juga Timbalan Presiden diselamatkan wakil-wakil rakyat PAS di Selangor sehingga terpilih menjadi Menteri Besar walaupun pada dasarnya , PKR menolak dan mahukan

Loading...
Wan Azizah Wan Ismail, Presiden parti ke jawatan berprestij itu.
Bagi Zambry, niat Azmin dan pembangkang untuk mengambil Perak sebagai anak angkat hanya menunjukkan kelemahan serta krisis dalam kepimpinan mereka selama ini.
Bercakap dalam sidang media selesai Majlis Penyerahan Surat Tawaran Lot Kediaman Rancangan Perumahan Tersusun ( RPT) Bemban Rakyat Kepada Setinggan Buntong di Dewan Serbaguna, SUK pada Selasa, Menteri Besar bagaimanapun sedikit pun tidak terkesan dengan kenyataan ini dan lebih suka menumpu kepada negeri ini dan terus bekerja untuk rakyat.
Katanya lagi, pengumuman Azmin menjadikan Perak negeri angkatnya bukanlah satu perkara yang serius. Pihaknya tidak melihat perkara itu serius atau sesuatu yang menakutkan kita kerana kenyataan yang mereka buat selama ini bukan suatu yang baru.
“Kita tak suka cakap besar, kita tidak suka menunjukkan kuku saya atau kuku kami, biarlah mereka menunjuk kuku mereka,” katanya sambil menambah,“biarlah mereka susun apa sahaja perancangan, sedangkan mereka sendiri berdepan dengan masalah dalaman yang serius.”
“Saya percaya mereka juga mengalami masalah serius sesama mereka di dalam parti, eloklah kalau Azmin tengok-tengokkan negeri dia, belum tentu dia menang dalam PRU akan datang.
“Tapi kalau dia rasa dia kuat nak pecah-pecahkan, bahagikan masa dari segi taktikal dia sangat dialu-alukan, bagus juga dia tidak boleh tumpu Selangor, kita (boleh) ambil alih negeri itu semula,” katanya.
Dr Zambry berkata, pihaknya sudah lali dengan kenyataan serta ugutan pihak pembangkang yang sememangnya diketahui kini seperti berpecah-belah dan tidak bersatu.
“Dari dulu lagi, dia berebut hendakkan Perak tetapi keadaan keputusan sebaliknya, biarlah dia bercakap, saya tak nak bercakap besar seperti mereka.
“Masalah pembangkang, dia fikir kita hidup dalam negara yang berpandukan undi popular, namun politik kita ditentukan dari segi jumlah kerusi dimenangi, biarlah dia dibuai dengan kenangan dia yang tak tercapai,” katanya.