Lucu tetapi empunya badan, Zulaika Sidek hanya umum letak jawatan Exco Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bukan keluar parti seperti ramalan kebanyakan orang.
Beliau memberitahu wartawan Agenda Daily bahawa “saya masih setia bersama parti itu (PPBM) walaupun kini hanya menjadi ahli biasa dalam parti sahaja”.
Beberapa hari lalu beliau bersama-sama beberapa orang pengikutnya membuat kejutan dengan mengadakan satu sidang media di Ipoh bagi memaklum pendirian meletakan semua jawatan dalam parti politik yang diasas Tun Dr.Mahathir Mohamed itu.
Ditanya lanjut beliau berkata dia tidak akan sesekali meninggalkan PPBM malah akan terus bersama dalam perjuangan selari dengan moto parti iaitu Bersatu Bermaruah dan Beramanah.
``Cuma sekarang ini saya hanya ahli biasa dan tidak lagi memegang jawatan Exco Srikandi PPBM Malaysia dan Ketua Serikandi

Loading...
Penaja Bahagian Batu Gajah’’ katanya ketika dihubungi hari ini.
Zulaika turut menjelaskan bahawa tindakan yang beliau ambil ini sekaligus membuktikan bahawa beliau bukan tergila-gilakan jawatan dalam parti.
``Kalau saya tergilakan jawatan buat apa saya meletakkan jawatan sedangkan ada pihak yang berebut-rebut hendakkan jawatan dalam parti,’’ katanya.
Ditanya sama ada kemungkinan beliau ada mendapat tawaran menyertai parti lain, katanya, setakat ini tidak ada tawaran daripada parti lain sebaik sahaja beliau melepaskan jawatan itu baru-baru ini.
``Saya masih lagi ahli PPBM dan saya tetap setia bersama parti dan tidak akan meninggalkan parti,’’ ujarnya.
Menurut Zulaika keputusan beliau ambil ini sebagai simbolik kepada rasa ketidakpuas hati beliau terhadap pengurusan pucuk pimpinan parti dalam menangani perpecahan dan keretakan hubungan yang terjadi dalam parti kebelakangan ini.
Beliau mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa pucuk pimpinan pusat amnya dan negeri khasnya wajib memberi perhatian serius dari peringkat awal kepada suara akar umbi dan mengambil tindakan yang efisien terhadap setiap masalah yang timbul sebelum ianya menjadi bisul dan merebak dan kini telah membusuk.
Turut ikut jejak langkah beliau Aflatuniah Mohd Norani yang meletakkan jawatan Ketua Srikandi Penaja PPBM Bahagian Gopeng.