PAS mengalu-alukan penyertaaan Persatuan Cinta Malaysia (PCM) untuk bekerjasama dengan parti Islam tersebut bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Dalam satu kenyataan, Ketua Penerangannya Nasruddin Hassan berkata tindakan PCM itu adalah simbolik yang PAS tidak ditolak orang bukan Islam, malah PAS juga bukan parti yang rasis seperti DAP sehingga mampu diterima oleh bangsa lain.
“Tindakan PCM adalah tepat dan kena pada masanya. Saya berpandangan bahawa kehadhiran PCM juga akan turut mengukuhkan Gagasan Sejahtera dalam memacu gerakan perubahan dan memimpin kebangkitan rakyat.
“PAS mengalu-alukan kehadhiran PCM untuk

Loading...
bersama kami dan menyeru supaya non muslim tidak perlu ragu terhadap perjuangan PAS. Kami bukan sebuah parti yang rasis apatah lagi untuk memaksa agama lain,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Kelmarin, Presiden PCM Datuk Huan Cheng Guan telah membuat kenyataan terbuka bahawa PCM sedia untuk bekerjasama dengan PAS khususnya bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 14 kelak.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Nasruddin berkata beliau yakin Huan tidak membuat keputusan terburu-buru sebaliknya dengan penuh sedar dan faham situasi politik hari ini.
“Islam menjanjikan keadilan kepada semua termasuklah golongan non muslim. Memulangkan hak, melindungi pihak tertindas dan menentang kezaliman. Islam mengangkat kebenaran dan menolak kebathilan.
“Inilah perjuangan PAS dan PAS tidak mempunyai wajah kedua untuk berpura-pura dengan pihak non muslim. Wajah PAS hanya satu. Bersama ummat Islam, PAS perjuangkan Islam, kepada non muslim juga PAS berjuang di atas prinsip Islam yang membawa keadilan untuk semua,” tambahnya.