PAS Selangor bersedia akur kepada sebarang keputusan yang diambil pimpinan PAS Pusat berhubung ‘tahaluf siyasi’ atau kerjasama politik bersama PKR.
Perwakilan Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata pimpinan PAS negeri tetap berdiri teguh di belakang kepimpinan tertinggi parti itu.
“Jika disuruh undur kami akan undur.
“Jika disuruh mara kami akan teruskan,” kata Zaidy yang juga EXCO Kerajaan

Loading...
Selangor.
Selain Zaidy, PAS mempunyai dua lagi EXCO dalam pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali iaitu Datuk Iskandar Samad serta Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution dilaporkan berkata sebagai parti bermaruah, PAS Selangor perlu meletak semua jawatan dinegeri itu serta merta jika muktamar membuat keputusan putus hubungan dengan PKR.
Sementara itu Zaidy turut diberikan sokongan oleh perwakilan dari Selangor yang berdiri ketika beliau membahaskan usul ucapan Presiden PAS ketika sesi Muktamar yang bermula sejak pagi tadi.
Sebelum ini persidangan Muktamar Dewan Muslimat, Dewan Pemuda dan Dewan Ulama PAS meluluskan usul untuk memutuskan kerjasama politik atau ‘tahaluf siyasi’ dengan PKR untuk dibahaskan di peringkat Muktamar Pusat yang bermula semalam.