Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Midin Sudah Benggang Tu!!!!! Muhyiddin kata pemikiran Haji Hadi bercelaru

Bukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tiada arah tuju, sebaliknya pemikiran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bercelaru, kata PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin,

Muhyiddin berkata, kecelaruan Abdul Hadi itu mungkin menjadi punca beliau menuduh PPBM sebagai parti tanpa arah tuju dan tidak diketahui status kepemimpinannya.

Katanya, dakwaan Abdul Hadi tidak tepat
Loading...
kerana PPBM memiliki dasar dan hala tuju yang jelas dan sudah memaklumkannya sehingga ke peringkat akar umbi di seluruh negara.
Katanya, mungkin Presiden PAS tidak mengetahui situasi dan keadaan sebenar yang ada dalam PPBM sejak ditubuhkan.

"Mungkin Presiden PAS tidak mengikutilah (perkembangan PPBM), agaknya dia fikir parti kita baharu, mungkin sebab itu ada tanggapan yang tidak betul.

"Tak ada (kecelaruan), mungkin pemikiran dia bercelaru agaknya," katanya pada sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan di ibu pejabat PPBM pada Ahad.

Pada Muktamar PAS ke-63 yang sedang berlangsung, Abdul Hadi semalam berkata PAS tidak akan sesekali bekerjasama dengan PPBM kerana mendakwa parti serpihan UMNO itu tidak ada arah tuju dan tidak diketahui status kepemimpinannya.
Loading...
Back To Top