Tindakan Tun Mahathir Mohamad menandatangani petisyen mendesak pembebasan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, disifatkan sebagai gimik politik bagi meraih populariti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata Mahathir perlu meminta maaf secara terbuka kepada rakyat di negara ini selepas menyeleweng fakta berhubung penahanan Anwar.
"Mahathir sendiri sebenarnya memporak-perandakan politik dan ekonomi negara apabila menyeleweng fakta berhubung penahanan Anwar.
"Beliau sepatutnya tidak menjadi pelawak politik yang hanya akan menjejaskan kredibilitinya sebagai negarawan.
"Mahathir suatu ketika

Loading...
dahulu pernah menyatakan bahawa Anwar selayaknya disumbat ke dalam penjara. Kini, beliau pula mahu keluarkan Anwar. Hentikanlah sandiwara politik sempit ini," katanya.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata Mahathir tidak mempunyai asas perjuangan teguh apabila sekali lagi melakukan 'pusingan U' dengan memperjuangkan pembebasan seorang penjenayah.
"Kebelakangan ini Dr Mahathir bukan saja banyak melakukan 'pusingan U' tetapi juga mudah lupa dengan apa yang diungkapnya sebelum ini.
"Jelaslah, Melayu tidak mudah lupa tetapi Tun (Dr Mahathir) yang selalu lupa," katanya.
Pada Kongres PKR semalam, usaha perwakilan dan pemimpin PKR mempamerkan poster menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ketujuh tidak mendapat perhatian kepemimpinan PPBM.
Walaupun pemimpin pembangkang termasuk Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang, dilihat mengangkat poster tertera 'Anwar PM ke-7', pemimpin PPBM termasuk Dr Mahathir dan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak berbuat demikian walaupun berkongsi pentas utama.