Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Ekonomi Malaysia berkembang 5.6 peratus suku pertama tahun ini

KUALA LUMPUR: Suku pertama tahun ini menyaksikan ekonomi Malaysia berkembang 5.6 peratus.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Seri Muhammad Ibrahim berkata, pertumbuhan kukuh itu disokong oleh permintaan domestik yang
Loading...
utuh.

Beliau berkata, pertumbuhan kukuh dicatatkan merentasi sektor utama ekonomi. Katanya, perbelanjaan sektor swasta kekal sebagai pemacu pertumbuhan.

"Penggunaan swasta disokong oleh pengembangan berterusan dalam pekerjaan dan upah.

"Pelaburan swasta dipacu oleh perbelanjaan modal dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan," katanya pada sidang media mengumumkan prestasi ekonomi pada suku pertama 2017 di sini, hari ini.

Sementara itu, kedudukan akaun semasa terus berada dalam lebihan.

Pada suku pertama 2017, kadar purata inflasi sekitar 4.3 peratus berikutan harga bahan api yang tinggi.
Loading...
Back To Top