Faktor keturunan, sinaran uv dari matahari, alergi, konsumi terlalu banyak teh dan kopi, hormon yang tidak stabil dan faktor usia adalah antara punca terjadinya masalah bibir kering dan hitam.
Di sini saya kongsikan cara-cara alami dan mudah untuk mendapat bibir yang cantik secara alami.
1-Ubat gigi
Sapukan berus gigi ke bibir anda. Biarkan semalaman atau biarkan kering dan basuh dengan air.
Semasa memberus gigi, pastikan anda berus bibir anda sekali. Jangan lupa memberus lidah juga.
2-Skrub gula
Campurkan 3 sudu gula dan
Loading...
2 sudu butter. Campur rata. Sapukan ke bibir anda dan skrub bibir anda setiap hari menggunakan campuran ini.
3-Serbuk kunyit dan susu. Campurkan susu dan serbur kunyit sehingga menjadi campuran pekat. Gosok bibir dengan lembut menggunakan berus gigi yang lembut. Sapukan campuran kunyit dan susu selama 2,3 minit kemudian berus menggunakan berus gigi. Gosok dengan lembut berulang kali kemudian bilas dengan air dan keringkan.
4-Lemon.
Sapukan jus lemon ke bibir anda setiap malam sebelum tidur.
5- Madu
Sapukan madu asli ke bibir anda setiap malam sebelum tidur. Biarkan mengering di bibir anda.
6-Ubi bit
Secara honestnya saya tidak tahu bagaimana cara untuk mendapatkan ubi bit di Malaysia. Ubi bit ini boleh dijadikan sebagai lipstick secara alami.Penggunaan ubi bit ke bibir secara kerap boleh menjimatkan duit kita dari membeli lipstik.
7-Minyak zaitun atau olive oil.
Sapukan olive oil juga dapat membantu memberi bibir yang lembut dan glowing-glowing jika digunakan selalu.
8-Vaseline petroleum jelly
Dari menggukan lip balm berwarna dan lip balm yang mempunyai bahan kimia adalah lebih baik menggunakan petroleum jelly. Selain dari murah ianya mudah didapati. Vaseline mungkin tidak dapat memerahkan bibir anda tetapi ianya bermanfaat untuk melembutkan bibir dan menghilangkan kekeringan.
Loading...