Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

SELEPAS MELAKA, DAP JOHOR PULA MUNGKIN HILANG KEYAKINAN DAN HILANG SOKONGAN

Ura-ura ada kecaman yang mengatakan bahawa DAP tidak lagi relevan untuk menguasai negeri dan kawasan Melayu seolah-olah bakal menjadi kenyataan apabila beberapa program anjuran DAP di beberapa kawasan yang telah mereka menangi dan kuasai tidak lagi mendapat sambutan.

Fenomena dan situasi semasa ini agak menekan kepimpinan DAP Pusat, apabila DAP melaksanakan program jelajah dan dan ceramahnya, mereka yang hadir ke program tersebut menyusut dan berkurangan dari segi bilangan kehadiran mereka.

Adakah rakyat di kawasan tersebut sudah muak dengan permainan DAP pusat yang berkisar pada isu kepentingan peribadi dan memberi perhatian kepada hubungan rakan dan kroninya sahaja?

Mungkin juga mereka sudah tidak mahu dibanjiri dengan janji kosong yang ditabur oleh pemimpin mereka. Pada masa yang sama mereka juga mahu pemimpin yang boleh buat kerja dan boleh membawa pembangunan di kawasan mereka.

Malah mereka juga tidak mahu pemimpin mereka berstatus " MISSING" yang perlu dicari oleh rakyat apabila dalam kesusahan dan dalam kesempitan.

Apabila penyokonng dan ahli mempersoalkan kredibiliti pemimpin mereka, secara
Loading...
automatiknya mereka akan dipecat atau disisihkan dari aktiviti parti. Sebagai contoh...

Empat pemimpin DAP Melaka yang terdiri dari MP dan ADUN pada dua bulan lalu telah mengumumkan keluar parti. Ini disebabkan mereka kecewa dan telah hilang keyakinan terhadap parti selain kecewa dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkenaan hubungan rapat parti dengan Dr Mahathir.

Dalaman DAP sebenarnya sangat lemah sekarang dan kepimpinan parti dan penguasaan kuku besi dari 'Dinasti Lim' juga dilihat akan jatuh sekiranya ahlinya bergabung menolak amalan yang tidak baik di dalam parti Chauvanist tersebut.

Tindakan keluar parti di Melaka hanya permulaan dan mungkin ada sesuatu yang lebih mengejutkan di negeri lain di selatan tanahair terutamanya di Johor.

DAP kini goyah dan sekiranya mereka tidak dapat menangkis isu dalamannya, maka "Mahathirisme" nampaknya akan kembali berkuasa di dalam arena politik negara.

Sia-sialah perjuangan kaum Cina menyokong DAP dan mereka sepatutnya kembali kepada MCA untuk mendapatkan hak dan keadilan di dalam kerajaan kerana hanya MCA sahaja yang layak menyuarakan semua itu sekiranya mendapat sokongan yang kuat.

Cubaan DAP Pusat yang mahu memujuk dan berusaha memperbetulkan keadaan kemungkinan sudah terlambat dan mungkin usaha tersebut hanya sia sia sahaja.

Ini kerana, rakyat tidak mahu parti yang tidak tahu menghormati kaum dan agama bangsa lain seperti DAP. Contoh penolakan ini boleh diambil contoh reaksinya dalam pembentangan RUU355 yang dibawa TGHH di Parlimen baru-baru ini.
Loading...
Back To Top