"Sama ada ia berlaku atau tidak, itu Rafizi kena buktikan kerana dia mengeluarkan kenyataan itu, sekiranya ia berlaku tak hairan bagi saya.
"Saya tidak berani nak kata sebab bukti tidak ada dengan saya.Tapi sekiranya benar maka ia menjawab banyak persoalan. Sehingga ke hari ini ramai yang masih tidak faham Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) bertindak sepertimana dia bertindak pada ketika itu (selepas pilihan raya),"
Loading...
kata ketua penerangan AMANAH Khalid Samad.
Menurut Khalid, banyak sikap aneh ditunjukkan pemimpin PAS sebaik sahaja selesai pilihan raya umum ke-13, apabila parti Islam itu mendesak supaya hubungan PAS dengan PKR dan Pakatan Rakyat dikaji semula.
"Walaupun kita sebagai AJK PAS pusat pada waktu itu, ia (keputusan itu) tidak dimaklumkan kepada semua dan ia merupakan pendirian dan sikap yang diputuskan seorang diri atau dengan kumpulan tertentu.
"Selepas 2013 kita nampak sikap PAS terhadap PR telah berubah (apabila) berlakunya multaqa ulama pada 2013 dan dikemukakan usul untuk dikaji kembali hubungan PAS dengan PKR dan PR. Dan semua benda pelik berlaku," katanya.
Loading...