Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Lagi pemimpin kanan DAP Sabah dijangka keluar parti...Kali Ini DAP Hancurrrr

Selepas DAP kehilangan beberapa pemimpin kanan di Melaka pada awal Februari, kini ‘teori domino’ berjangkit di Sabah

Ini adalah berikutan spekulasi bahawa Timbalan Pengerusi negeri itu, Dr Edwin Bosi dijangka meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Cinta Sabah (PCS).

Ketika ditemui pemberita di pekarangan DUN Sabah, ADUN Kepayan itu bagaimanapun enggan mengiyakan atau menidakkan khabar angin terbabit.

“Tunggu lah pada
Loading...
13 April ini (Khamis) saya akan mengeluarkan kenyataan atau sidang akhbar sama ada saya masih bersama DAP atau tidak.

“Jika saya jawab sekarang, saya tiada bahan untuk cakap pada Khamis nanti. Ini juga memandangkan DUN masih bersidang,” katanya, Isnin.

Baru-baru ini, sebuah portal  di Sabah mendedahkan Edwin bakal meninggalkan DAP dan menyertai PCS yang diterajui ADUN Tamparuli, Datuk Wilfred Bumburing.

Pada Oktober tahun lalu, pemimpin kanan DAP negeri itu seperti ADUN Likas, Junz Wong, Timbalan Pengerusi, Joan Goh, Naib Pengerusi, George Hiew dan tujuh lagi Exco turut meninggalkan parti itu.

Pada waktu itu, Bosi menafikan akan meninggalkan parti itu bersama Junz Wong.

Manakala pada Februari tahun ini, empat wakil rakyat DAP di Melaka keluar dari parti itu dengan disertai oleh 182 akar umbinya.
Loading...
Back To Top