Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Hina Islam: PAS tetap teruskan demo...Telajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya.



Inilah perumpamaan tepat yang sesuai diberikan kepada Akhbar Nanyang Siang Pau kerana murahnya peradaban mereka sehingga mengguris hati dan menghina umat Islam di negara ini.

Sehubungan itu PAS tetap akan meneruskan demonstrasi di hadapan pejabat akhbar Cina itu, esok.

Tidak semudah itu umat Islam terutamanya ahli PAS menerima kemaafan atas perbuatan biadab mereka ini menghina Islam, kata Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia IR Khairil Nizam Khiruddin.
Loading...
src="https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_sxdQVMrJe3s5j1avOYkxzOqawPfj6fuqXm_zsRHjNzUjBPfd-qxRrxubRhBDQcW5T19pLLOXwYZQ=s0-d" width="640">
“Justeru itu Dewan Pemuda PAS Selangor akan tetap mengerahkan seluruh pemuda PAS untuk berdemonstrasi mempertahankan maruah Islam di pejabat akhbar Cina tersebut walaupun mereka telah menyatakan permohonan maaf secara terbuka petang tadi.

“PAS akan menyerahkan memorundum mendesak tindakan keras seperti dibuang kerja kepada kakitangan Nanyang Siang Pau yang telah menghina dan tidak menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini,” katanya ketika dihubungi BNBBC.my pada Isnin.

Dilaporkan akhbar Cina itu telah bertindak di luar batasan dengan menghina umat Islam berkaitan karikatur sebagai monyet terhadap Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Dengan  tajuk “Akta Monyet”, kartun yang disiarkan dalam Nanyang Siang Pau memaparkan seekor monyet bersongkok dan dilabelkan sebagai “speaker” manakala seekor lagi memakai serban dan dinamakan sebagai “Hadi Awang” yang bertenggek di pokok “Akta 355”.
Loading...
Back To Top