Loading...
30 April 2017 akan dicatatkan di halaman sejarah sebagai hari dimanaahli-ahli PAS menggunakan Muktamar Tahunan parti itu untuk meluluskan usul memutuskan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan PKR.
Muktamar PAS merupakan tempat tertinggi untuk membuat keputusan secara umum sebelum ianya dirujuk kepada Majlis Syura Ulama (MSU) yang berperanan untuk diteliti kemudian menerima atau menolak dengan nas dan dalil-dalil agama setiap keputusan yang dibuat.
Usul itu dibentangkan oleh perwakilan ulama, Zulkifli Ismail pada sesi pembentangan untuk dibahaskan.
Katanya, usul tersebut dibuat memandangkan PKR dikatakan telah mengkhianati perjanjian kerjasama antara dua parti itu sebelum ini.
"Penilaian tahaaluf mestilah dibuat oleh Majlis Syura Ulama. Kini terdapat banyak pelanggaran syarat berlaku disepanjang tempoh berlangsungnya tahaluf siyasi antara PAS dan PKR.
"Penglibatan PKR menyokong calon Amanah dan menentang PAS dalam dua pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar, kegagalan PKR untuk memberi sokongan yang baik kepada usaha PAS memperkasakan Mahkamah Syariah melalui Pindaan Akta 355 malah dilihat turut bersama dengan pendirian DAP yang menentang keras Pindaan Akta 355 ini.
"Kenyataan-kenyataan pimpinan PKR secara terbuka yang jelas memperlihatkan keceluparan dan kebiadapan mereka terhadap PAS sekaligus tindakan mereka yang tidak menunjukkan setiakawan, maka kami mengusulkan supaya tahaluf siyasi antara PAS dan PKR diputuskan tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulamak menurut peruntukan perlembagaan PAS," katanya semasa membentangkan usul.
Usul itu kemudian disokong oleh perwakilan Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.
Ketika dibuka untuk perbahasan, semua perwakilan bangun menyatakan persetujuan dan melaungkan takbir, yang kemudiannya disahkan pegerusi tetap.
Usul ini akan diangkat ke Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama untuk diputuskan secara muktamad.
Sekiranya badan tertinggi PAS meluluskan usul tersebut, ia mungkin menyaksikan pertembungan PAS dengan Pakatan Harapan yang turut dianggotai PKR pada Pilihan Raya Umum ke-14, terutamanya di Selangor yang kerajaan negerinya turut dianggotai wakil PAS sejak penggal lepas.
Sementara itu turut dilulus tanpa bahas adalah usul daripada PAS kawasan Kota Raja dan Kuala Terengganu agar PAS Pusat membuat kajian mendalam dan mempertimbangkan supaya supaya diangkat segera ke majlis syura bagi mendapatkan kelulusan bahawa PAS akan meletakkan calon di semua kerusi yang ditandingi oleh PKR sekiranya tiada persefahaman politik pilihanraya dicapai sehingga berlakunya PRU ke 14.