Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman menegaskan UMNO kini lebih kuat berbanding dahulu kerana wujudnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana dapat menyingkirkan ahli-ahli gunting dalam lipatan.
”Bagus ada parti bunga, kerana di sini kita boleh lihat siapa ahli UMNO yang menjadi gunting dalam lipatan, kebanyakan mereka ini adalah terdiri daripada orang-orang kecewa kerana tidak mendapat projek atau hanya bersama UMNO untuk kepentingan peribadi” katanya ketika merasmikan Himpunan Aktivis Media Sosial 2017 Zon Timur.
Loading...
font-family: Arial, sans-serif; font-size: 18px; font-stretch: normal; line-height: normal; margin-bottom: 10px; text-align: justify;">Razif juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas ahli UMNO yang memasuki PPBM dipecat dari ahli UMNO.
Sikap buruk segelintir pihak yang suka mengeruhkan keadaan, mengadu-domba dan menghasut pemikiran orang ramai boleh memusnahkan masa depan anak muda serta merosakkan parti UMNO itu sendiri.
Ahmad Razif sebaliknya mahu supaya semua ahli UMNO supaya bersama-sama dengan jentera parti bersiap- sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14(PRU14)tidak lama lagi demi mengukuhkan lagi parti.
“Perjuangan UMNO penuh dengan cabaran dan tohmahan yang tidak akan dan tidak pernah melunturkan semangat perjuangan ahli-ahli UMNO dulu, kini dan selamanya.”
Loading...