Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Terkini, Tular 4 Adun, MP dari BN akan LETAK JAWATAN SERENTAK


KUALA NERUS - Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menafikan sekerasnya terdapat wakil rakyat BN di negeri itu bakal menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sepertimana yang tular di media sosial ketika ini.

Tambahnya lagi, berita tidak tepat itu sengaja dicetuskan pihak yang tidak bertanggungwab dengan tujuan untuk menimbulkan kontroversi.

"Berita yang menjadi viral (tular) ini dilihat sama juga dengan dakwaan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali yang mendakwa ada menteri kanan dalam kerajaan yang akan letak jawatan.

"Kadang- kadang tindakan ini (sebar
Loading...
berita palsu) sengaja untuk menutup kontroversi yang berlaku dalam kalangan pemimpin mereka (pembangkang).

"Jadi nasihat saya kepada golongan sebegini adalah lebih baik untuk jaga periuk nasi sendiri dan sekali lagi saya tegaskan bahawa dakwaan yang menjadi tular ini adalah palsu,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Bantuan Am Jabatan Kebajikna Masyarakat (JKM) Daerah Mengundi (PDM) Seberang Takir, di sini, hari ini.

Ketika ini, tular mengenai empat Adun dan Ahli Parlimen dari BN akan meletak jawatan serentak dalam masa terdekat untuk menyertai Bersatu.

Sambil menyifatkan penyebaran maklumat palsu itu sebagai tidak masuk akal, Ahmad Razif turut memaklumkan perkara itu tidak sesekali menjejaskan usaha kerajaan negeri untuk menjaga kebajikan rakyat.

"Kita akan meneruskan legasi untuk memastikan kebajikan rakyat terus terbela, demi kesejahteraan bersama,"katanya.
Sementara itu, 100 penerima hadir menerima bantuan yang disampaikan sendiri oleh Ahmad Razif. - Sinar Harian
Loading...
Back To Top