Loading...
Peliknya PAS, selama lebih 50 tahun berjuang bermati-matian demi Islam (kononnya) cuba mengalahkan UMNO dan BN. Tetapi apabila UMNO berada dalam keadaan yang sungguh jijik dengan skandal 1MDB dan pembohongan derma RM2.6bilion, Pas terhegeh-hegeh berhimpit-himpit duduk sepentas dan sekapal dengan UMNO.
Peliknya PAS, selama lebih 50 tahun berjuang hendak tenggelamkan UMNO, apabila UMNO hampir lemas, PAS (Hadi) pergi tolong memberi 'nyawa' kembali.
Peliknya PAS, apabila UMNO semakin teruk menyamun wang, ketika itu PAS keluar pakatan pembangkang dan cuba membantu UMNO dengan memastikan perlawanan 3 penjuru pada PRU14.
Peliknya PAS, dulu PAS menentang UMNO kerana mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang KAFIR, mengekalkan peraturan jahiliyah. Tetapi hari ini PAS kata UMNO itu perjuang Islam apabila Jamil Khir berlari sekejap pergi bagi ucapan semasa Himpunan 355 (Najib tak minta Ahli UMNO Hadir H355). Pada hari ini UMNO dan BN masih mengekalkan perlembagaan penjajah dan undang-undang kafir itu.
Peliknya PAS, dulu tuduh UMNO kafir kerana mengamalkan politik suku agama suku hinggakan berlaku peristiwa Memali pada 1985, solat dua imam, sembelihan UMNO haram dimakan, jenazah UMNO tidak layak disembahyangkan, bercerai suami isteri kerana berlainan parti. Tetapi hari ini UMNO dikatakan memperjuangkan Islam hanya kerana lepaskan kapal bantu Rohinya bersama-sama PAS. (Sehinga hari ini tiada pengakuan, kekesalan dan permohonan maaf secara rasmi oleh pemimpin PAS terhadap UMNO kerana tersilap mengkafirkan UMNO suatu ketika dahulu).
Peliknya PAS, ketika berada dalam pakatan pembangkang, pemerintahan Lim Guan Eng di Pulau Pinang diangkat setaraf pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Dicanangkan peruntukkan kerajaan negeri yang cukup banyak disalurkan untuk pembangunan Islam Pulau Pinagng. Tetapi apabila keluar pakatan pembangkang, Lim Guan Eng dituduh perasuah, tidak amanah dan penentang Islam.
Peliknya PAS, pada tahun 2012, PAS menidakkan pandangan Mufti yang menyatakan mengundi DAP adalah haram. Tetapi hari ini mengundi DAP bertukar menjadi haram pula. (Harap-harap PAS tidak buat fatwa mengundi MCA, Gerakan, MIC yang menentang RUU355 itu halal pula).
Loading...