Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Madinah dilantik Ketua Audit Negara yang baharu

Loading...

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad dilantik sebagai Ketua Audit Negara yang baharu selama dua tahun berkuatkuasa mulai 23 Februari 2017 hingga 22 Februari 2019.
Pelantikan tersebut dibuat bagi menggantikan Tan Sri Ambrin Buang yang akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 22 Februari ini.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, berdasarkan Fasal (1) Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan, Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V atas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja telah memperkenankan pelantikan Madinah.
"Madinah merupakan Bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan juga bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan sebelum bersara wajib pada 3 September lalu,” katanya melalui satu kenyataan di sini hari ini.
Madinah, 60, mempunyai kelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia dan Sarjana Sains dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia serta Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia masing-masing dari Universiti Putra Malaysia.
Dalam pada itu, Ali berkata, kerajaan merakamkan penghargaan kepada Ambrin di atas khidmat bakti beliau sepanjang menjawat jawatan tersebut sejak 23 Februari 2006.
"Beliau telah melakukan usaha-usaha mentransformasikan dan menstrukturkan semula sistem-sistem pengauditan kerajaan serta mengukuhkan sistem-sistem pengurusan kewangan kerajaan,” katanya. - K! ONLINE
Loading...
Back To Top