Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

‘Jangan undi Ahli Parlimen tolak RUU355’ - Pengerusi Sekretariat Ummat Menyokong Akta 355

Loading...

22 Jamadilawal 1438H, Ahad – Pengerusi Sekretariat Ummat menyokong Akta 355 (Ummat), Aminuddin Yahaya menggesa rakyat supaya berhenti daripada mengundi mana-mana Ahli Parlimen yang menolak pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Bercakap pada perhimpunan H355 malam tadi, beliau menegaskan rakyat akan menurunkan mana-mana Ahli Parlimen, tidak kira Melayu mahupun bangsa lain yang menentang pindaan akta itu.
“Kita nak beritahu mesej kepada mereka (Ahli Parlimen), sama ada Melayu dan bukan Melayu bahawa di sini dan di luar sana, terdapat ratusan ribu yang merupakan pengundi kamu.
“Jadi, sesiapa Ahli Parlimen yang menentang usul ini pada Mac nanti, kita akan pastikan PRU14 kita turunkan dia,” katanya.
Beliau yang juga Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, turut meluahkan kebimbangan terhadap laporan yang dikeluarkan oleh sebuah kementerian mengenai jumlah kelahiran anak luar nikah sejak 10 tahun lalu.
Sepanjang 10 tahun lepas, dari 2005 hingga 2015, sekurang-kurangnya 500,000 anak luar nikah dilahirkan. Ia bermakna, jika 10 tahun lepas jumlah sebanyak 500,000, maka 10 tahun akan datang kita akan ada sejuta anak luar nikah.
“Sebagai umat Islam, kita bukan sahaja percaya hukum-hukum Allah. Kita juga percaya jika kita biarkan maksiat berleluasa maka ia hanya akan mengundang bala Allah SWT tidak kira sama ada beriman atau tidak, maka kami kamu semua akan ditimpa bala Allah SWT,” katanya.
Mengulas lanjut Aminuddin turut berkongsi pengalaman beliau bersama beberapa NGO lain berceramah bagi menjelaskan pindaan RUU355 di kawasan Parlimen Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai di Bentong.
Punyalah dia takut, kami berceramah 60 orang hadir, tapi dia hantar 100 lebih fru dan anggota polis. Hari esok kami mahu berceramah, hari ini dia kumpulkan seribu orang Cina supaya bantah RUU355.
“Punyalah takut, kenapa? Kerana mereka tidak mahu orang bukan Islam faham isu ini, kerana jika mereka faham pasti mereka akan menyokong RUU355,” katanya.
Beliau menyeru rakyat khususnya umat Islam supaya tidak berhenti menyokong pindaan akta berkenaan sehingga ia diluluskan di Parlimen, bulan depan.
Loading...
Back To Top