Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

WarkahDaily Online

WarkahDaily Online


Tengku Mahkota dilantik Pemangku Raja Pahang

Posted: 13 Jan 2017 02:34 AM PST

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah telah perkenan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Pemangku Raja Pahang.

"...gelaran yang diperkenan baginda bagi urusan rasmi ialah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah," katanya melalui surat rasmi kerajaan negeri.

Selain pihak media, surat rasmi berkenaan turut diedar kepada semua anggota exco kerajaan negeri, Adun, ahli parlimen Pahang, ketua-ketua jabatan seluruh negeri, pegawai-pegawai daerah serta ketua-ketua badan berkanun negeri dan persekutuan seluruh Pahang.

Umno akan 'guna' PAN untuk jatuhkan PAS Kelantan

Posted: 12 Jan 2017 03:05 AM PST

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, peristiwa tahun 1978 mungkin berulang di Kelantan apabila parti serpihan bekerjasama dengan Umno bagi menumbangkan kerajaan PAS.

Ujar beliau, kemunculan Parti Amanah Negara (AMANAH) terutamanya di kawasan marginal PAS sedikit sebanyak boleh menjejaskan usaha bagi mempertahankan kerusi tersebut.

"AMANAH mungkin bekerjasama dengan Umno untuk tumbangkan kerajaan PAS di Kelantan seperti yang pernah dilakukan Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA) pada PRU 1978.

"Kemungkinan itu tidak dapat ditolak, boleh jadi Umno taja calon daripada AMANAH di kawasan yang mereka anggap boleh menang," katanya, memetik laporan Harakah Daily.

BERJASA merupakan serpihan daripada PAS yang diasaskan oleh Datuk Muhamed bin
Loading...
Nasir yakni bekas Menteri Besar Kelantan yang dipecat dari parti Islam itu.

AMANAH yang kini difahamkan mempunyai kira-kira 21,000 ahli juga parti serpihan PAS yang ditubuhkan selepas beberapa pemimpin gagal mempertahankan jawatan pada muktamar parti di Kuala Selangor pada 2015.

Justeru, kata Mohd Amar, beliau mengajak jentera PAS di semua peringkat melipat gandakan usaha bagi mempertahankan kerajaan negeri yang ada sekarang.

"Kita hendaklah berusaha sedaya mungkin bagi mempertahankan kerajaan negeri yang ada sekarang. Sekarang kelihatan muncul satu kesedaran cinta kepada perjuangan.

"Kalau kita sayangkan Kelantan hendaklah kita mempertahankan kerajaan negeri seumpama Rasulullah SAW dan para sahabat mempertahankan Kota Madinah ketika perang Ahzab," tambah beliau.

Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem meninggal dunia

Posted: 11 Jan 2017 03:01 AM PST

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem hari ini meninggal dunia pada usia 72 tahun.

Difahamkan, Adenan sebelum ini dimasukkan ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak, Kota Samarahan.

Beliau mula menjawat jawatan ketua menteri pada 28 Februari 2014 selepas Tan Sri Abdul Taib Mahmud, mengemukakan peletakan jawatannya pada 11 Februari setelah menerajui Sarawak selama 33 tahun.

Adenan memulakan kerjaya politiknya pada 1979 apabila beliau bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Muara Tuang dalam satu pilihan raya kecil dan mengalahkan calon daripada Parti Rakyat Jati Sarawak (Pajar) Razali Sabang dengan majoriti 2,797 undi.

Beliau mengekalkan kerusi DUN Muara Tuang dalam enam pilihan raya negeri berikutnya sebelum bertanding dalam Pilihan Raya Parlimen ke-11 bagi kerusi Batang Sadong dan mengetepikan Adam Ahid daripada PAS dengan majoriti 9,371 undi.

Berikutan kemenangannya dalam pilihan raya parlimen, Adenan dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar di peringkat persekutuan pada 2004 sebelum kembali ke arena politik Sarawak untuk bertanding dalam pilihan raya negeri pada 2006 dan memenangi kerusi DUN Tanjung Datu.

Beliau dilantik sebagai penasihat khas kepada Ketua Menteri pada 2010, diikuti dengan pelantikan sebagai Menteri Tugas-tugas Khas Sarawak pada 2011 setelah berjaya mengekalkan kerusi DUN Tanjung Datu dalam pilihan raya negeri pada tahun berkenaan.

Sebelum menceburi bidang politik, Adenan pernah bergelar wartawan apabila menyertai akhbar tempatan, 'Sarawak Tribune', dan kemudiannya meneruskan pengajian dalam bidang undang-undang di Adelaide University, Australia.
Loading...
Back To Top