HAJI Darus mempercepatkan langkah ke dewan tidak jauh dari rumahnya. Sebelum ini jarang Haji Darus hadir ceramah politik. Tapi sejak pulang dari Makkah menunaikan haji selepas mendapat tajaan sebuah syarikat, kerap juga dia mengikuti ceramah.
Dari jauh dia disapa Lebai Man, JKKK Kampung Pinang Sebatang. Lebai Man belum naik haji. Patutnya dia pun ke Makkah bersama Haji Darus, tapi dia menolak ‘derma’ kerana was-was dengan sumber pendapatan syarikat itu, halal ke haram. Lebai Man masih ingat kata ustaz “kalau kita was-was, maka tinggalkan”.
Penduduk kampung sudah ramai mengambil tempat. Pengacara memulakan majlis dengan mengajak hadiri sama-sama berdoa memohon keberkatan dan perlindungan Allah. Penceramah dijemput ke pentas dan mula berbicara mengenai undang-undang Islam, hukum syariah dan Mahkamah Syariah.
Lalu, topik utama disentuh iaitu Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau lebih dikenali sebagai RUU 355. Haji Darus dan Lebai Man khusyuk mendengar hingga selesai majlis.
Sebenarnya, Pedang ingin memperingatkan bahawa umat Islam, dalam apa juga keadaan, mesti bersatu menegakkan agama Allah. Selagi kita sebagai muslim, maka wajib ke atas kita mempertahankan agama Islam. Kita kena lebih patuh kepada hukum Allah.
Mempertahankan agama Allah menjadi kewajipan kepada umat Islam. Mempertahankan undang-undang Islam juga adalah kewajipan ke atas kita. Demikian juga menegakkan hukum Allah di atas muka bumi ini menjadi kewajipan ke atas kita.
Ingat memperingati antara satu sama lain, wajib bagi kita. Demikianlah apa yang Pedang lakukan. Memberi peringatan melalui penulisan, bukan mengangkat senjata. Hanya itu kemampuan Pedang setakat ini. Bila mengingati undang-undang dan hukum yang ditetapkan Allah, maka kita kena patuh.
Memanglah sebagai manusia kita ada kekurangannya. Tapi kita sentiasa mahu menaikkan taraf kehidupan. Kena juga kita naikkan taraf iman. Daripada darjat manusia, menjadi Islam. Daripada Islam, kita naikkan lagi kepada orang beriman. Dalam al-Quran pun Allah selalu menyeru dengan memulakan ayat “Wahai orang-orang yang beriman…”
Loading...
inherit; line-height: inherit; margin: 0px; padding: 0px; vertical-align: baseline;">Jadi bila ada usaha untuk menegakkan, memperkasakan dan memartabatkan hukum Islam dengan melakukan pindaan kepada undang-undang sedia ada, maka wajib bagi kita menyokongnya. Ketepikan fahaman politik. Itu semua dunia. Tapi jika kita meletakkan kepentingan agama, bukan sahaja kita peroleh dunia, malah akhirat.
Jika ada pihak yang membantah usaha kita untuk menegakkan hukum Allah, adakah kita akan berdiam diri. Tidak! Kita mesti melawan. Jika orang kafir di Malaysia menentang, maka kita lawan. Lagipun, tiada sebab orang kafir hendak menentang RUU 355 itu. Tiada kaitan langsung dengan mereka.
Cuma mereka sekarang ini mahu tunjuk keras kepala. Mereka kuasai ekonomi dalam negara Islam. Sekarang aturan hidup orang Islam pun mereka hendak kawal. Kalau ikut hati, memang Pedang bahasakan mereka ini, tapi rakan Pedang kata sabar.
Dan, apabila ada pihak mengatakan mereka sedia melawan orang kafir yang menentang hukum Allah ditegakkan menerusi Pilihan Raya Umum (PRU), Pedang sokong sangat. Lagipun pemimpin kafir yang dipilih dalam PRU lalu, menang di kawasan majoriti orang Islam. Nampaklah ketika itu orang Islam menyokongnya.
Tapi apabila parti mereka seperti MCA, Gerakan, MIC dan DAP terang-terang menentang kita menegakkan hukum Allah, memartabatkan Islam di bumi Malaysia ini, adakah kita akan membiarkan sahaja. Kita tidak boleh biarkan. Ya! Kita lawan. Tapi bukan dengan mengangkat senjata. Apa caranya?
Pedang seru umat Islam jangan menyokong calon daripada MCA, Gerakan, MIC dan DAP yang bertanding di kawasan orang Islam. Jika mereka masuk ke kawasan Melayu untuk berkempen, bangun tanya apakah pendirian mereka mengenai RUU 355 – menegakkan hukum Islam. Ketika itu mereka akan bermuka-muka hanya untuk menagih undi.
Berdasarkan penentangan keras mereka sekarang ini terhadap undang-undang Islam, maka kita jangan beri peluang langsung.
Pedang bukan apa, pelik macam mana orang bijak pandai seperti mereka ini boleh jadi pemimpin? Lebih Pedang kesal, boleh pula memimpin di kawasan majoriti Islam Melayu. Cukuplah untuk PRU yang lalu.
Mari kita ajar mereka dalam PRU akan datang. Ramai yang kata PRU ke-14 bulan sembilan. Pastikan kita tidak lupa bahawa mereka ini penentang Islam. Jangan undi mereka.
Kata Pedang: Sambil memandang pekat malam menerusi tingkap rumah kayunya… menghirup kopi panas Haji Darus memandang isterinya. “Islam wajib diutamakan”. Kata Haji Darus kepada isterinya.
-ismaweb
Loading...