Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Taipingmali (tm)

Taipingmali (tm)


CT Hanya Nampak Tuala Jamal, Tak Nampak Mesejnya

Posted: 22 Dec 2016 07:14 PM PST




POPULARITI yang dikecapi melalui status sebagai selebriti tidak menjamin perbuatannya betul setiap masa.  Sebaliknya mereka juga adalah manusia biasa yang pasti tidak terlepas dari menafsir sesuatu itu mengikut hawa nafsu dan lari dari konteks yang sebenar.

Seperti pada 21 Disember lalu, dimana seorang penyanyi popular telah 'repost' sebuah gambar dari rakan artisnya yang pada hemat dirinya mungkin cukup menyakitkan mata apabila dilihat.

Penyanyi yang lebih dikenali sebagai Datuk CT itu bertindak mengecam tindakan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos yang tampil di pintu pagar Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) dengan bertuala kerana ingin menumpang mandi.

Tidaklah bodoh sangat Jamal sehingga tiada kewarasan akal untuk sengaja berbuat demikian, sebaliknya pemimpin kawasan Sungai Besar, Selangor berkenaan bertindak sedemikian sebagai simbolik protesnya terhadap Kerajaan Pakatan Harapan Selangor yang masih belum mampu menyelesaikan permasalahan air di negeri termaju di Malaysia  itu.

Tiba-tiba, Datuk CT itu pula mengecam cara Jamal membuat protes di laman media sosial Instagram miliknya dengan kata-kata sindirian : "Jangan jadi macam jamal ye.." dan disertai beberapa 'hashtag' yang berbaur perlian yang cukup keji.

Sedangkan mesej yang cuba di sampaikan Jamal (kegagalan kerajaan Selangor menyelesaikan masalah air negeri itu), gagal dilihat Datuk CT. Sememangnya ini bukanlah satu yang memeranjatkan, melihat kepada tahap pendidikan nya yang tidak begitu tinggi tapi hanya pandai menyanyi.

Sunggu pun, bak kata orang, khinzir pun ada otak, takkanlah manusia lebih hina dari khinzir dengan tidak menggunakan otak? Mesej Jamal sangat mudah ditafsirkan tapi entah kenapa Dato CT hanya nampak bahagian Jamal bertuala itu saja.

Walaupun dia seorang 'public figure' yang diminati ramai, namun reaksi Datuk CT yang dilihat mahu mempolitikkan isu berkenaan telah menimbulkan kemarahan ramai pengguna media sosial dan rakyat Selangor yang terjejas dengan ketiadaan air ini. Majoriti tampil merasakan tidak senang mereka kepada Datuk CT yang bukan sahaja dilihat begitu buruk apabila memberi komen tentang isu politik, malah bagi gagal memahami mesej yang cuba disampaikan Jamal.

Bagi mereka, Datuk CT yang telah bergelar jutawan mungkin tidak sampai ke tahap perlu beratur untuk mendapatkan air, atau paling tidak 'check-in' hotel lima bintang milik suaminya, tapi bagi rakyat kebanyakan yang masih 'diseksa' dengan isu air ini, simbolik Jamal itu amat bertepatan dengan kehendak mereka memberi tekanan buat kepimpinan Kerajaan negeri.

Dalam soal ini, kenapa tidak Datuk CT yang nampaknya lebih terkasima mahu menyokong pihak Pakatan Harapan yang dikuasai DAP itu memegang kata-kata dan pesanan dari Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah? Menurut Maria, apabila seseorang itu marah, mereka akan menunjukkan cara yang berbeza.

"Ia bukan mengenai berdiam diri. Orang melakukan pelbagai perkara tetapi tidak berbahaya. Ia tidak membawa keganasan fizikal kepada sesiapa jua. Bagi saya, ia bukan tentang berdiam diri, ia mengenai membenarkan ruang untuk rakyat menyatakan kemarahan. Itu lebih penting daripada menjadikannya suatu jenayah," kata Maria pada 19 Oktober 2016 di Kuala Lumpur.

Jadi, salahkah Jamal menzahirkan kemarahannya bagi mewakili kira-kira 19.9 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia (peratusan jumlah rakyat Selangor dari Jabatan Perangkaan Malaysia, 2016) itu, melalui simbolik yang beliau lakukan di hadapan pintu masuk SUK?

Soalnya sekarang, kenapa Datuk CT hanya 'terliur' memandang susuk tubuh Jamal disebalik tuala yang di pakai nya, berbanding melihat kepada mesej jelas yang cuba disampaikan untuk perhatian Kerajaan Pakatan Harapan Selangor?

Tulisan :
Beruang Biru
BB199, Jumaat
23 Disember 2016

Loading...
id="composer_signature">
Sent from Samsung tablet.

PROTON IRIZ DINOBATKAN SEBAGAI KERETA MAMPU MILIK DI ASEAN CAR OF THE YEAR 2016

Posted: 22 Dec 2016 06:24 AM PST




PROTON Holdings Berhad ("PROTON" atau "Syarikat") menerima satu lagi anugerah sebelum menutup tahun ini, apabila Proton Iriz dinobatkan sebagai "Budget Car of The Year 2016" di anugerah ASEAN Car of the Year 2016 (ACOTY).

"Dengan anugerah yang diterima di "Malaysia Car of the Year Award 2016" baru-baru ini, kami sekali lagi berasa amat terharu dan gembira dengan pengiktirafan ini, terutamanya kerana Iriz dilancarkan 2 tahun lalu. Kami telah memuatkan pelbagai ciri di dalam Iriz untuk memberikan pelanggan kami nilai yang lebih baik dan anugerah ASEAN ini merupakan pengiktirafan kepada usaha kami selama ini," kata Dato' Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Iriz diperkenalkan pada September 2014 dan menandakan kehadiran PROTON dalam segmen kereta kompak. Model ini mendapat penarafan 5-bintang daripada ASEAN NCAP dari segi keselamatan dan ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif yang ada dalam semua varian termasuk kawalan kestabilan elektronik (ESC) dengan kawalan cengkaman, sistem brek anti-kunci (ABS) dengan kuasa-brek Elektronik (EBD), bantuan brek, bantuan kawalan cerun (HHA) dan sistem peringatan pemakaian tali pinggang (SBR).

PROTON juga merupakan satu-satunya syarikat permotoran di ASEAN yang menggunapakai teknologi Jerman, dipanggil, Hot Press Forming (HPF) untuk melengkapkan ciri-ciri keselamatan yang ada padanya. Struktur HPF boleh mencapai sehingga 5 kali lebih kekuatan dari logam biasa. Ini seterusnya menyediakan struktur badan yang lebih kukuh dan yang lebih penting, menguatkan kabin penumpang untuk perlindungan yang lebih baik," tambah Dato' Fuaad.

"Secara keseluruhannya, Iriz direka dan dihasilkan bukan sahaja untuk menyediakan perlindungan optimum kepada penumpang tetapi ianya juga sebuah kereta yang seronok dipandu dengan ciri-ciri keselesaan yang moden, penggunaan minyak yang ekonomi dan pelbagai ciri-ciri kemudahan lain," tambah Dato' Fuaad.

Proton Iriz dikuasakan dengan enjin VVT empat silinder dengan lima pilihan kelajuan, sama ada kotak gear manual atau transmisi CVT. Varian 1.3 liter didatangkan dalam pilihan Standard dan Executive, manakala 1.6 liter mempunyai pilihan Executive dan Premium, berharga dari RM41,520 ke RM62,030.

Bagi bulan Disember ini, PROTON menawarkan rebat antara RM2,200 hingga RM4,000 dan juga perkhidmatan percuma 2 tahun atau 40,000km, yang mana yang terdahulu untuk semua varian. Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan PROTON di 1800 888 398 atau e-mel kepada kami di customercare@proton.com. Pelanggan juga boleh melayari www.proton.com atau laman Facebook rasmi kami di http://ift.tt/1TYZos3. Untuk maklumat tambahan, pelanggan juga boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton, yang boleh didapati melalui Google Play dan Appstore, untuk spesifikasi dan harga serta menempah sesi pandu uji.
Loading...
Back To Top