Loading...
REZQEEN HILL |
Dendam Ker Apa Ni? Bagi Notis Pagi, Petang Roboh Premis?? Posted: 22 Dec 2016 11:00 PM PST KENYATAAN MEDIA Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan 22 Disember 2016 PAGI HANTAR NOTIS, PETANG ROBOH PREMIS Mengikuti perkembangan semasa dalam negara beberapa hari kebelakangan ini memperlihatkan betapa nasib rakyat seolah-olah tidak diambil endah oleh kepimpinan negeri Selangor. Hari ini, resort milik Dato' Sri Jamal Yunos menjadi mangsa dendam kesumat kerajaan negeri setelah beliau membangkitkan hak dan untung nasib warga Lembah Klang yang seringkali mengalami masalah air seakan-akan tidak berkesudahan. Tindakan merobohkan premis milik beliau oleh Majlis Daerah Sabak Bernam dilihat umpama dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan. Bukankah sepatutnya pemilik premis diberikan notis beberapa hari sebelum tindakan penguatkuasaan diambil. Jika ianya melanggar undang-undang yang ditetapkan, penyelesaian secara berhemah perlu dilakukan dan bukannya dibuat mengikut telunjuk pihak tertentu. Apa yang terjadi hari ini sememangnya memelikkan kerana notis dihantar pagi, sebelah petangnya premis dirobohkan. Alangkah indahnya jika premis judi dan rumah pelacuran haram yang bertaburan di sekitar Selangor dapat diambil tindakan pantas dan drastik sebegini. Tapi sayangnya premis haram tidak berlesen seperti di pekan Sekinchan dibiarkan saja oleh pihak berkuasa tempatan. Melihatkan perihal penguatkuasaan tanpa 'perasaan' ini, ia akan menjadi kekhuatiran kepada banyak pihak. Kemungkinan rakyat akan menjadi semakin takut untuk bersuara membangkitkan hak dan permasalahan mereka secara umum. Rakyat semakin risau akan kezaliman kerajaan PKR Selangor menggunakan kuasa untuk menindas mereka yang bergelar rakyat di bawah. Seharusnya kepimpinan negeri bersikap lebih terbuka dan bukan berdendam serta mencari salah rakyat. Kerajaan sebegini seharusnya dikeji. MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII |
Siti Nurhaliza Hanya Nampak Tuala Jamal Tapi Tak Nampak Mesejnya Posted: 22 Dec 2016 07:43 PM PST Populariti yang dikecapi melalui status sebagai selebriti tidak menjamin perbuatannya betul setiap masa. Sebaliknya mereka juga adalah manusia biasa yang pasti tidak terlepas dari menafsir sesuatu itu mengikut hawa nafsu dan lari dari konteks yang sebenar. Seperti pada 21 Disember lalu, dimana seorang penyanyi popular telah 'repost' sebuah gambar dari rakan artisnya yang pada hemat dirinya mungkin cukup menyakitkan mata apabila dilihat. Penyanyi yang lebih dikenali sebagai Datuk CT itu bertindak mengecam tindakan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos yang tampil di pintu pagar Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) dengan bertuala kerana ingin menumpang mandi. Tidaklah bodoh sangat Jamal sehingga tiada kewarasan akal untuk sengaja berbuat demikian, sebaliknya pemimpin kawasan Sungai Besar, Selangor berkenaan bertindak sedemikian sebagai simbolik protesnya terhadap Kerajaan Pakatan Harapan Selangor yang masih belum mampu menyelesaikan permasalahan air di negeri termaju di Malaysia itu. Tiba-tiba, Datuk CT itu pula mengecam cara Jamal membuat protes di laman media sosial Instagram miliknya dengan kata-kata sindirian : "Jangan jadi macam jamal ye.." dan disertai beberapa 'hashtag' yang berbaur perlian yang cukup keji. Sedangkan mesej yang cuba di sampaikan Jamal (kegagalan kerajaan Selangor menyelesaikan masalah air negeri itu), gagal dilihat Datuk CT. Sememangnya ini bukanlah satu yang memeranjatkan, melihat kepada tahap pendidikan nya yang tidak begitu tinggi tapi hanya pandai menyanyi. Sunggu pun, bak kata orang, khinzir pun ada otak, takkanlah manusia lebih hina dari khinzir dengan tidak menggunakan otak? Mesej Jamal sangat mudah ditafsirkan tapi entah kenapa Dato CT hanya nampak bahagian Jamal bertuala itu saja. Walaupun dia seorang 'public figure' yang diminati ramai, namun reaksi Datuk CT yang dilihat mahu mempolitikkan isu berkenaan telah menimbulkan kemarahan ramai pengguna media sosial dan rakyat Selangor yang terjejas dengan ketiadaan air ini. Majoriti tampil merasakan tidak senang mereka kepada Datuk CT yang bukan sahaja dilihat begitu buruk apabila memberi komen tentang isu politik, malah bagi gagal memahami mesej yang cuba disampaikan Jamal. Bagi mereka, Datuk CT yang telah bergelar jutawan mungkin tidak sampai ke tahap perlu beratur untuk mendapatkan air, atau paling tidak 'check-in' hotel lima bintang milik suaminya, tapi bagi rakyat kebanyakan yang masih 'diseksa' dengan isu air ini, simbolik Jamal itu amat bertepatan dengan kehendak mereka memberi tekanan buat kepimpinan Kerajaan negeri. Dalam soal ini, kenapa tidak Datuk CT yang nampaknya lebih terkasima mahu menyokong pihak Pakatan Harapan yang dikuasai DAP itu memegang kata-kata dan pesanan dari Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah? Menurut Maria, apabila seseorang itu marah, mereka akan menunjukkan cara yang berbeza. "Ia bukan mengenai berdiam diri. Orang melakukan pelbagai perkara tetapi tidak berbahaya. Ia tidak membawa keganasan fizikal kepada sesiapa jua. Bagi saya, ia bukan tentang berdiam diri, ia mengenai membenarkan ruang untuk rakyat menyatakan kemarahan. Itu lebih penting daripada menjadikannya suatu jenayah," kata Maria pada 19 Oktober 2016 di Kuala Lumpur. Jadi, salahkah Jamal menzahirkan kemarahannya bagi mewakili kira-kira 19.9 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia (peratusan jumlah rakyat Selangor dari Jabatan Perangkaan Malaysia, 2016) itu, melalui simbolik yang beliau lakukan di hadapan pintu masuk SUK? Soalnya sekarang, kenapa Datuk CT hanya 'terliur' memandang susuk tubuh Jamal disebalik tuala yang di pakai nya, berbanding melihat kepada mesej jelas yang cuba disampaikan untuk perhatian Kerajaan Pakatan Harapan Selangor? Tulisan : Beruang Biru BB199, Jumaat 23 Disember 2016 |
You are subscribed to email updates from REZQEEN HILL. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. |
Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Loading...