Terkini, cerita kelazatan minuman Nescafe tarik yang disediakan petugas Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sepanjang Perhimpunan Agung UMNO bukan rahsia lagi.
Tambahan lagi, kelazatannya menjadi bicara dan jika lambat disediakan pasti ramai merungut, tidak kurang kecewa khusus bagi petugas di Laman Media.
Untuk membongkar rahsia keenakkan rasa minuman tersebut, Kami menemubual Ketua Bahagian Makanan dan Minuman PWTC, Azmi Amsah mengenai kehebatan resepi turun temurun tersebut.
Azmi menyatakan bahawa pihak sering mendapat komen positif daripada pelanggan mengenai hidangan nescafe tarik dan the tarik yang disediakan sama ada di Laman Media atau pun di restoran di sini.
Jelasnya, rahsia utama dalam menghasilkan nescafe tarik yang berkualiti dan disukai ramai adalah menggunakan sukatan sama bagi mengekalkan keenakkan rasa minuman itu.
“Satu acuan air panas dianggarkan dapat menghasilkan sekitar 400 cawan. Bagi Perhimpunan Agung UMNO 2016, kami membancuh sebanyak lima kali dengan setiap satu acuan air panas boleh menghasilkan 400 cawan air nescafe dan teh tarik” katanya.
“Ramuan untuk menghasilkan nescafe bagi
Tambahnya lagi, PWTC sentiasa menitik beratkan soal kualiti makanan dan minuman yang dihidangkan kepada tetamu.
“Setiap kali bancuhan kita kena rasa. Yang merasa hidangan atau minuman itu adalah ketua ketua jabatan sebelum kita hendak hidangkannya kepada tetamu” katanya.
“Begitu juga di restoran. Apa yang dihidangkan di Laman Media, itulah juga yang dihidangkan di restoran kita” katanya lagi.
-pru14.tv-
Comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini