Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

#PAU2016 : Puteri Komando Baru UMNO

Ucapan penggulungan Ketua Sayap Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin di PWTC sebentar tadi sekali lagi mengulangi ikrarnya bahawa Pergeraka Puteri UMNO akan terus istiqamah untuk kekal setia dengan kepimpinan parti.

Malah, beliau juga berikrar untuk terus bekerja keras untuk parti demi memastikan kemenangan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke 14 nanti. Ikrar dan janji yang dilafazkan oleh Datuk Mas Ermieyati dan Pergerakan Puteri UMNO sekaligus mengulangi komitmen yang dilafazkan oleh pergerakan berkenaan semasa perhimpunan sayap berkenaan, dua hari yang lalu.

images-4

Dalam ucapan yang sama, beliau turut mengumumkan bahawa Puteri akan mula turun padang di seluruh negara untuk meramaikan ahli parti serta mengadakan jelajah bagi menerangkan apa yang mampu dilakukan oleh UMNO dan Pergerakan Puteri.

Pada masa yang sama, beliau turut menegaskan, komitmen Puteri tidak harus di pertikaikan dan beliau turut akan bersama-sama Pergerakan Pemuda UMNO untuk mendekatkan diri dengan rakyat dan akan turut menjadi suara dan mata Pergerakan Wanita UMNO serta menggembeling tenaga dengan semua sayap parti bagi memastikan UMNO berjaya menerajui kemenangan mutlak Barisan Nasional pada PRU14 nanti.

Menariknya, dalam ucapan beliau sebentar tadi, Datuk Mas Ermieyati mahu menjadikan

Loading...
pergerakan Puteri sebagai “komando baru” UMNO bagi menggempur pembangkang serta menarik semula perhatian rakyat kepada UMNO secara keseluruhannya.

Ini menjadikan Pergerakan Puteri UMNO bakal menjadi jauh lebih agresif berbanding sebelumnya. Sebelum ini, ada beberapa pihak yang mempertikaikan kemampuan Puteri UMNO dalam menyumbang kepada kekuatan parti secara keseluruhannya.

download-4

Namun dengan komitmen yang dizahirkan oleh Datuk Mas Ermieyati ini, masih terdapat masa depan buat UMNO terutamanya sayap parti paling muda dalam UMNO ini bagi meneruskan legasi yang ada pada Pergerakan Wanita UMNO. UMNO tidak selemah bagai disangka dan Puteri akan memastikan mereka mampu bergerak seiring dengan Pemuda dan Wanita UMNO bagi menghadapi PRU ke 14 nanti

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Loading...
Back To Top