Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

#PAU : Ini Bukan Masalah Dalaman Semata-Mata – Najib

Dalam ucapan penggulungan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak beliau menempelak kerajaan Myanmar yang sebelum ini menyatakan pihak luar usah mencampuri urusan dalaman negara berkenaan dalam isu pembantaian etnik Rohingya.

Beliau menegaskan ini bukan masalah isu dalaman semata-mata. Ini melibatkan sensitiviti agama dan bangsa yang sama sekali tidak pernah diamalkan dalam komuniti ASEAN selama ini. Ujar Datuk Seri Mohd Najib, Malaysia tidak berniat untuk mencampuri urusan mana-mana negara namun, jika ianya tidak ditangani dengan berkesan oleh kerajaan Myanmar, impaknya turut akan terkena dengan negara.

download-5

Bayangkan, jika kerajaan Myanmar terus menekan dan menindas penduduk Rohingya, secara tidak langsung kerajaan Myanmar telah melahirkan puluhan malah ratusan ribu pelarian akan mula membanjiri Malaysia. Malah, beliau juga menegaskan, Malaysia tidak lagi mampu melihat pembantaian berterusan tentera Myanmar terhadap penduduk etnik Rohingya.

Sudah tiba masa Malaysia selaku Pengerusi ASEAN menunjukkan ketegasannya dalam menghenti sebarang penghapusan etnik di Myanmar. Selaku anggota ASEAN, Myanmar seharusnya sedar, tindak tanduk mereka kini jelas telah

Loading...
melanggar banyak peraturan samada dari sudut kemanusiaan mahupun norma-norma kehidupan manusia sejagat.

Dalam ucapan beliau juga tadi, atas kemahuan para perwakilan yang memenuhi Dewan Merdeka sebentar tadi, Datuk Seri Mohd Najib mengesahkan akan menghadiri Perhimpunan Solidariti Rohingya yang dijangka akan diadakan di Taman Tasik Titiwangsa pada jam 8 pagi esok.

download-6

Perhimpunan yang julung-julung kali diadakan ini dikhabarkan turut dihadiri oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS sebagai tanda soladiriti Malaysia tanpa mengira fahaman politik, menolak sebarang keganasan dan penyembelihan etnik Rohingya yang kini mendapat liputan meluas di kalangan media.

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Loading...
Back To Top