Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Muhyiddin Perlu Belajar Perangai DAP Bila Berkuasa

SEMUA pihak tahu bahawa pembangkang pimpinan DAP menghadapi masalah dalam menamakan siapa yang bakal menjadi perdana menteri sekiranya mereka dapat menguasai negara. Malah rakyat tahu dengan jelas bahawa Pakatan Harapan mengikut telunjuk DAP dalam semua perkara termasuk isu-isu yang melibatkan kepentingan Islam dan Melayu.

Mengikut “nasihat” DAP dalam perkara berkaitan kepentingan Islam dan Melayu seperti menyuruh Yahudi jangan usik tanah Rakyat Palestin dan jangan bunuh kanak-kanak dan wanita Palestin yang tidak berdosa(what a joke).

Baru-baru ini Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tetap diketuai pemimpin Melayu walaupun Umno kalah dalam pilihan raya.

Persoalannya, pemimpin Melayu yang bagaimana akan diiktiraf oleh Pakatan Harapan pimpinan DAP?

Masihkah kita ingat peristiwa di Perak apabila pembangkang pimpinan DAP berkuasa? Ya, memang Menteri Besar Perak ketika itu merupakan seorang yang berbangsa Melayu, namun beliau hanyalah sekadar boneka atau proksi kepada DAP semata-mata. Segala keputusan ditentukan oleh pemimpin kanan DAP. Adakah ciri-ciri ini yang kita mahu ada pada seorang Perdana Menteri?

Walaupun Selangor kini mempunyai Menteri Besar berbangsa Melayu namun memandangkan negeri tersebut merupakan ‘jajahan’ pembangkang yang diketuai DAP maka segala kata putus ditentukan oleh DAP melalui exco-exco yang didominasikan oleh mereka.

Rakyat perlu sedar bahawa pembangkang pimpinan DAP kini

Loading...
berada dalam keadaan yang cukup terdesak apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan mengenai agenda politik DAP untuk memecahbelahkan orang Melayu kepada banyak puak.

Perkara tersebut secara langsung memberi kesan untuk menyatukan orang Melayu. Masalahnya bukan hanya ianya dapat menyatupadukan orang Melayu dalam Umno tetapi juga menyatupadukan orang Melayu di semua sempadan politik.

Ini bermakna ia mungkin tidak lagi mengenai perkara parti politik milik orang Melayu. Mereka akan mengenepikan parti politik dan bersatu di bawah satu matlamat yang sama iaitu demi kepentingan orang Melayu dan Islam.

Memandangkan pembangkang pimpinan DAP berpegang kepada prinsip sekiranya mereka tidak dapat meyakinkan orang Melayu untuk menyokong pembangkang maka mereka perlu mengelirukan orang Melayu agar tidak menyokong UMNO maka gerakan propaganda dilakukan secara berterusan.

Kini pembangkang mengunakan Tun Dr Mahathir dan Muhyiddin untuk melancarkan propaganda mengelirukan orang-orang Melayu. Jangan biarkan pembangkang pimpinan DAP merosakan perpaduan dan perjuangan demi agama Islam, bangsa Melayu dan negara kita.

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Loading...
Back To Top