MiLo SuaM |
Lelaki dakwa simpan rahsia Najib tentang pembunuhan Altantuya Posted: 03 Dec 2016 12:00 PM PST SEORANG lelaki yang mengaku sebagai kawan kepada anak Sirul Azhar, bekas komando Polis yang dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh Altantuya Shaariibuu mendakwa ada menyimpan rahsia Najib berhubung kes pembunuhan model Monggolia itu. Menulis dalam salah satu kiriman di facebook Malaysiakini, Fakhrulradzi Radzi Fakhrul mengingatkan tentang status anak Sirul sebelum ini yang ingin memberitahu siapa arahkan untuk membunuh Altantuya. Namun status itu telah dipadam.
Dia mendakwa mengetahui tentang rahsia tersebut,
"Rahsia kau ada kepada saya wahai Najib," tulisnya.
Fakhrulradzi turut mendakwa kononnya dia telah diberitahu tentang kejadian sebenar pembunuhan Altantuya oleh anak Sirul yang merupakan kawannya, malah mencabar Malaysiakini untuk membuat sidang media supaya dia dapat mendedahkan rahsia itu. Sirul anggota Polis yang disabitkan bersalah oleh mahkamah kerana membunuh Altantuya kini dilaporkan |
Loading...
berada di Australia — melarikan diri daripada dihukum mati.
Pada aku sesiapa pun boleh mengaku macam ni, mungkin sebab nak cari populariti, atau nak cetuskan kontroversi. Jadi setakat tulisan di facebook oleh seorang budak yang entah dari mana asalnya ini tak membuktikan apa-apa.
Apa pun aku rasa Malaysiakini mungkin sudah menghubungi budak ni untuk mendapatkan maklumat.
Jadi marilah kita sediakan pop corn, dan air coke, tayangan filem menarik dan gempak nampaknya dah nak mula ditayangkan dalam dua atau tiga hari lagi.
Sumber — FB Malaysiakini
Idris Jala bakal jadi Pengerusi Syarikat Arak Heineken Malaysia
Posted: 03 Dec 2016 03:55 AM PST
KETUA Pegawai Eksekutif, Unit Pelaksana dan Pengurusan Prestasi, (PEMANDU) Datuk Seri Idris Jala dilantik sebagai pengerusi baru Syarikat Arak, Heineken menggantikan Tan Sri Saw Choo Boon yang dilaporkan akan bersara pada 31 Disember 2016.
Idris Jala dilaporkan akan menyertai Heineken Malaysia Bhd yang sebelum ini dikenali sebagai Guinness Malaysia Bhd sebagai pengerusi bermula pada 1 Januari 2017.
Idris Jala telah berkhidmat selama enam tahun sebagai menteri di jabatan perdana menteri tanpa portfolio, kini merupakan pengarah urusan Big Fast Result (BFR) Institute, dan juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pemandu.
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. |
Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Loading...