Loading...
Kelab Greenboc |
Orang Asli: Kami Tak Undi PAS Dan UMNO Lagi... Posted: 03 Dec 2016 01:21 AM PST
Surat terbuka Orang Asli selepas ditangkap bantah pembalakan
Sepucuk surat bertulisan tangan yang didakwa cetusan luahan Orang Asli di Kelantan selepas dirinya dibebaskan daripada penahanan selepas membuat sekatan menghalang pembalakan di Gua Musang, semalam sedang disebarkan di laman sosial, khususnya di Facebook. Bagaimanapun, surat yang bertarikh 1 Disember itu tidak mempunyai nama. Kelmarin 47 Orang Asli yang ditahan dalam operasi merobohkan sekatan di Pos Petei dan Pos Bihai di hutan simpan Balah selepas tahanan reman antara dua dan tiga hari. Berikut transkrip penuh surat itu yang juga dimuat naik di laman Facebook PSM. 1 Disember 2016-mk ULASAN GB Pedas dan panas membara warkah dari orang asli itu. Ada menuduh pihak luar seperti NGO dan parti politik menghasut orang asli. Apakah pihak berkuasa dan kerajaan Kelantan merasakan semua orang asli buta huruf, tidak tahu undang-undang, tidak tahu apa itu "geran", apa itu "tanah adat", apa itu "tanah TOL"... yang sewenang-wanangnya mereka ditahan dan ditangkap? Dan dari mulut orang asli sendiri di video tersebut menyatakan bahawa ia bukan hasutan pihak tertentu. Ia adalah luahan kemarahan orang asli sendiri yang telah ditindas. Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Yang berlaku kejam dan zalim akan tetap menerima balasan. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. |
Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Loading...