Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

JR Tidak Buat Kerja Bodoh, Tidak Lakukan Perkara Sama Dengan Harapkan Hasil Berbeza

JR Tidak Buat Kerja Bodoh, Tidak Lakukan Perkara Sama Dengan Harapkan Hasil Berbeza

Sesi penggulungan tahun ini menyaksikan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyahut cabaran untuk menambah baik jentera Jalinan Rakyat.

Dengan mengambil iktibar daripada kata-kata seorang ahli fizik berbangsa Jerman Albert Einstein bahawa adalah bodoh melakukan perkara yang sama berulang kali dengan mengharapkan hasil yang berlainan maka Wanita UMNO banyak melakukan banyak perubahan bagi memastikan Wanita dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada parti.

Bertitik tolak dari itu, maka pergerakan wanita UMNO mengambil keputusan untuk melakukan perubahan pada kumpulan Jalinan Rakyat Wanita bagi memastikan mereka lebih bersedia untuk melakukan gerak kerja yang lebih mantap dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.

Malah Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa UMNO sedang mengkaji satu skim perlindungan khas kepada Wanita UMNO terutamanya mereka yang terlibat dalam jentera pilihan raya atau lebih dikenali sebagai Jalinan.

Skim tersebut sebagai menghargai mereka yang bertungkus-lumus, berkorban jiwa dan raga demi kepentingan parti walaupun berdepan dengan kemungkinan mendapat kecelakaan dalam usaha tersebut.

Selain daripada itu juga, Program Komunikasi Wanita Nasional (KAWAN) yang dilancarkan dalam usaha memperkasakan nilai-nilai perpaduan dan integrasi nasional bakal

Loading...
membawa perubahan dalam jentera pergerakan wanita tersebut.

KAWAN mengetengahkan dua strategi utama iaitu pendidikan dan sosial. Buat permulaan, mereka telah memulakan kelas bahasa Mandarin iaitu Mandarin Journey For Wanita (MJ4W) selama tiga bulan kepada 46 anggota Wanita UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kelas yang sama juga akan diperkenalkan bermula Februari ini dan projek itu akan dikembangkan ke negeri-negeri lain seperti Perak, Pulau Pinang dan Johor.

Kelas pelbagai bahasa tersebut menekankan kepada asas komunikasi harian yang dapat memberi keyakinan kepada setiap anggota Wanita UMNO untuk diaplikasikan dalam program-program kemasyarakatan khususnya yang dianjurkan oleh parti itu.

Dalam arus gelombang teknologi yang semakin pesat, wanita juga tidak gentar untuk menjadi pahlawan digital maya di media sosial.

Dengan kata lain, Wanita UMNO kini bersedia untuk berjuang di alam maya dan alam realiti. Wanita UMNO tidak gentar menghadapi musuh. Jentera Jalinan Rakyat bersedia berkhidmat kepada parti. Wanita tetap menjalankan tugas dengan cemerlang sebagai tulang belakang UMNO.

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Loading...
Back To Top