9 Rabiulawal 1438H, Jumaat – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sepatutnya memilih PAS sebagai sekutu politik, bukan bersama Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP, kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.
Beliau berkata, Bersatu mungkin gagal memperoleh sokongan daripada pengundi Melayu sekiranya terus bersama parti rasis dan cauvinis itu pada pilihan raya akan datang.
“Fokus Bersatu adalah mendapatkan sokongan dan undi daripada orang Melayu. Jika parti itu bersama DAP, ia akan menyebabkan matlamat mereka tidak tercapai.
Loading...
inherit; font-variant-numeric: inherit; line-height: inherit; margin-bottom: 15px; padding: 0px; text-align: justify; vertical-align: baseline;">“Bersatu sepatutnya memilih PAS sebagai sekutu mereka bukan PAN dan DAP,” katanya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb, hari ini, sebagai mengulas pendirian PAS hari ini, untuk tidak menjalinkan sebarang kerjasama dengan Bersatu sekiranya parti berkenaan menyertai pakatan harapan pada 13 Disember ini.
Mengulas lanjut, Ustaz Abdullah Zaik berkata, PAN bukanlah parti utama yang mempunyai agenda sendiri, sebaliknya ia sekadar memanjangkan cita-cita DAP.
“PAN sekadar parti yang memanjangkan cita-cita DAP dan tidak berakar umbi. Parti itu tiada fokus dalam politik Malaysia,” katanya.
Oleh itu, katanya, Bersatu sewajarnya memikirkan jalan terbaik untuk bersama PAS, kerana pengundi Melayu dan Islam pastinya akan menolak DAP.
“Masa depan Bersatu akan lebih cerah jika bersama PAS,” katanya. - ismaweb
Loading...